• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepimpinan PKR Belum Bincang Kerusi Parlimen Untuk Anwar

oleh Ahmad Albab
09/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kepimpinan tertinggi PKR belum mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerusi Parlimen yang akan dikosongkan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding, kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin.

Malah Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata beliau hanya mengetahui perkara itu melalui media massa.

“Saya ada baca berita mengenai perkara tersebut tetapi masih tiada sebarang mesyuarat atau perbincangan mengenainya di peringkat kepimpinan tertinggi parti,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis kenduri rakyat bersempena majlis perkahwinan anak sulungnya di Ampang dekat sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan satu kerusi Parlimen akan dikosongkan oleh PKR bagi memberi laluan untuk Anwar bertanding.

Bagaimanapun Dr Wan Azizah yang juga Presiden parti, berkata PKR belum dapat mengumumkan di mana kerusi terbabit atau bila akan dikosongkan

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang sebelum itu dilaporkan berkata parti berkenaan akan mengosongkan satu kerusi Parlimen minggu depan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding. – BERNAMA

Tags: Anwar IbrahimPKR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

PKR Tahu Bagaimana Untuk Bangkit Selepas Kalah – Fuziah

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan PKR tahu bagaimana untuk bangkit selepas...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd