• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UIAM Akur Jika Lantikan Maszlee Dibatalkan

oleh
08/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bersedia dan akur dengan kemungkinan pelantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden ketujuh universiti itu dibatalkan.

Rektor UIAM, Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak berkata pihak universiti akur dengan segala keputusan yang dimuktamadkan oleh kerajaan selepas isu pelantikan itu dikaji semula.

“Itu hak kerajaan dan kementerian…bukan hak kita (universiti), terpulang kepada mereka untuk mengkaji semua (pelantikan Maszlee) kerana sudah tentu mereka ada asas-asas yang tertentu.

“Kita (universiti) tidak kira siapa yang datang (dilantik sebagai presiden), kami berpegang teguh kepada janji untuk menjadikan universiti sebagai institusi bebas daripada campur tangan politik.

“…dan orang yang datang (presiden yang dilantik) mestilah ‘deliver it’ dan tidak menafikan semua itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Manuskrip Perubatan Melayu 2018 (ICOMMM 2018)) di Muzium Kesenian Islam Malaysia, hari ini.

Pada Rabu lepas, Maszlee dilantik sebagai Presiden UIAM ketujuh bagi menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim yang tamat kontrak pada Julai lepas.

Namun pelantikan itu mencetuskan kontoversi apabila mendapat bantahan dan kritikan ramai yang mempersoalkan kelayakan beliau yang kini memegang portfolio sebagai menteri Kabinet.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengkaji semula pelantikan Maszlee yang dikritik sebagai bercanggah dengan inti pati manifesto Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Sementara itu, Maszlee dilaporkan berhasrat untuk menghadap Sultan Pahang sebagai Ketua Perlembagaan UIAM untuk mendapatkan nasihat berhubung isu pelantikannya.

Mengulas berhubung persidangan itu, Dzulkifli berkata ICOMMM 2018 yang bertemakan ‘Warisan untuk Perubatan Baru’ berlangsung mulai hari ini dan esok (9 Sept).

“ICOMMM 2018 adalah persidangan kali kedua selepas persidangan pertama pada 2015, menjadi platform bagi ahli akademik dan penyelidik membincangkan isu berkaitan manuskrip perubatan Melayu dan kepentingannya kepada profesion pendidikan perubatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Maszlee MalikUIAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Profesor Berjasa Perlukan Bantuan: Inisiatif Kutipan Dana Dilancarkan

Profesor Berjasa Perlukan Bantuan: Inisiatif Kutipan Dana Dilancarkan

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Orang ramai diseru tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban seorang pensyarah berpengalaman yang telah banyak berjasa dalam...

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

‘Anwar Tak Janji Jawatan Apa Pun, Cuma Minta Pengorbanan’

09/01/2023
1

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menjelaskan spekulasi di sebalik teguran Perdana Menteri Anwar Ibrahim dikongsinya sebelum ini tidak menjanjikan sebarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd