• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Profesor Berjasa Perlukan Bantuan: Inisiatif Kutipan Dana Dilancarkan

oleh Mohd Arshad
27/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Profesor Berjasa Perlukan Bantuan: Inisiatif Kutipan Dana Dilancarkan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai diseru tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban seorang pensyarah berpengalaman yang telah banyak berjasa dalam dunia pendidikan.

Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (KIRKHS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), menerusi kerjasama Persatuan Kakitangan Akademik (ASA) serta Jabatan Sains Politik dan Pengajian Madani, kini melancarkan satu inisiatif kutipan dana bagi membantu Prof. Dr. Abdul Rashid Moten.

Menurut kenyataan rasmi, beliau kini sedang menjalani rawatan perubatan yang menelan kos tinggi dan memerlukan sokongan kewangan daripada masyarakat.

“Sebarang sumbangan, tidak kira jumlahnya, amat bermakna dalam membantu meringankan beban yang ditanggung,” menurut kenyataan tersebut.

Prof. Dr. Abdul Rashid Moten dikenali sebagai seorang akademik yang telah banyak mencurahkan ilmu serta membimbing ramai pelajar sepanjang kerjayanya, menjadikan beliau figura dihormati dalam kalangan warga akademik.

Sehubungan itu, pihak penganjur berharap orang ramai, termasuk bukan pelajar UIAM dapat bersama-sama menunjukkan keprihatinan dan solidariti dalam membantu seorang pendidik yang telah banyak berjasa kepada masyarakat.

Maklumat sumbangan:

Bank: Bank Islam

Nama Akaun: IIUM Academic Staff Association (ASA)

Nombor Akaun: 1416 201000 3175

Rujukan: Prof. Rashid

Inisiatif ini diharapkan dapat memberi sinar harapan kepada beliau dalam menghadapi tempoh sukar ini, selain menjadi bukti bahawa jasa seorang pendidik sentiasa dihargai.-MYNEWSHUB

Tags: UIAM
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Berisiko Biarkan Omicron Jadi Vaksin ‘Semula Jadi’

15/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Pandangan yang menganggap Omicron mampu menjadi 'vaksin semula jadi' untuk melawan COVID-19 selepas kesan jangkitannya hanya pada tahap...

128 Pelajar UIAM Diarah Kosong Bangunan Asrama

27/12/2021
0

GOMBAK : Seramai 128 pelajar lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini diarah mengosongkan asrama mereka selepas berlaku tanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd