• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Amlizan Dilantik Ketua Eksekutif LTAT Baharu

oleh Ahmad Albab
07/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nik Amlizan Mohamed dilantik sebagai Ketua Eksekutif LTAT dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan-Perbadanan LTAT yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata pelantikan itu hasil keputusan Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang bersidang pada 30 Ogos bagi membincangkan peletakan jawatan Tan Sri Lodin Wok Kamarudin serta cadangan pengganti beliau.

“Saya telah bersetuju dan menetapkan Tan Sri Lodin bin Wok Kamarudin meletakkan jawatan Ketua Eksekutif LTAT dan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan-Perbadanan LTAT berkuat kuasa mulai 7 September 2018.

“Saya juga bersetuju di atas syor Lembaga Pengarah LTAT untuk melantik Puan Nik Amlizan binti Mohamed menggantikan Tan Sri Lodin sebagai Ketua Eksekutif LTAT dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan-Perbadanan LTAT berkuat kuasa pada 7 September 2018,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Nik Amlizan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Pelaburan (CIO) Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) sejak September 2014.

Beliau merupakan ahli lembaga Prima Ekuiti (United Kingdom) Ltd, anak syarikat milik penuh KWAP, dan ahli jawatankuasa pelaburan Valuecap Sdn Bhd, i-VCAP Management Sdn Bhd dan Metropolitan Uxbridge Ltd di United Kingdom. – BERNAMA

Tags: JawatanLTAT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tawaran Jawatan Badan Berkanun Dengan Niat Baik – Ong Kian Ming

Tawaran Jawatan Badan Berkanun Dengan Niat Baik – Ong Kian Ming

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming mempertahankan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching susulan kontroversi...

Marina Ditawarkan Jawatan Badan Berkanun, Bukan GLC – Sheikh Umar

Marina Ditawarkan Jawatan Badan Berkanun, Bukan GLC – Sheikh Umar

02/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching menawarkan jawatan badan berkanun kepada bekas ADUN Skudai, Marina Ibrahim, bukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd