• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Waktu Operasi Pusat Hiburan Dikaji

oleh Cj Mnh
06/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah akan menilai dan mengkaji semula waktu operasi selain akan mengetatkan syarat-syarat bagi pemilikan lesen untuk pusat-pusat hiburan di ibu negara.

Timbalan Menteri Wilayah Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata langkah itu adalah antara usaha bagi membanteras aktiviti haram seperti perjudian dan penyalahgunaan dadah yang banyak tertumpu di pusat-pusat tersebut.

“Usaha membanteras aktiviti haram itu termasuk di pusat siber, pusat judi haram, pusat hiburan dan pusat urut tanpa lesen,” katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian berkenaan pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.

Katanya, bagi membanteras aktiviti haram di pusat-pusat hiburan, kementerian juga akan meneruskan Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) yang dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi dan badan bukan kerajaan yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Beliau berkata, operasi itu juga menumpukan kepada penyalahgunaan lesen perniagaan, kesalahan membabitkan pendatang asing tanpa izin dan kesalahan syariah.

Dalam pada itu, Shahruddin berkata baru-baru ini Ops BAH telah dijalankan ke atas sebuah premis hiburan yang terkenal dalam kalangan gay dan 20 lelaki Islam disiasat atas pelbagai kesalahan termasuk penyalahgunaan dadah.

Katanya, risikan kementerian juga mendapati terdapat enam lagi pusat hiburan menjadi tumpuan golongan itu yang beroperasi di ibu negara dan kini sedang dalam pemantauan. – BERNAMA

Tags: pusat hiburanwaktu operasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

02/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan yang menyasarkan pelanggan warga asing, khususnya warga Myanmar di Lebuh Pudu di sini, diserbu Jabatan...

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

23/11/2024
0

JOHOR BAHRU - Polis menahan 15 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) termasuk seorang lelaki warga tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd