• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Minimum Cuma Naik RM50, KJ Luah Rasa Kecewa

oleh Ahmad Albab
06/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGUMUMAN kenaikan gaji minimum sebanyak RM50 daripada RM1,000 sejak ia diperkenalkan pada 2016 mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen yang rata-rata beranggapan ia tidak berpadanan.

Kekecewaan terhadap pengumuman itu turut diluahkan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui laman Twitter miliknya.

Beliau mengakui bahawa kerajaan perlu mengimbangi kepentingan majikan dan pekerja dalam menangani isu tersebut.

“Kalau paras (gaji minimum) terlalu tinggi, boleh menjejaskan kedudukan majikan. Kalau terlalu rendah, nasib pekerja tidak dijaga.

“Namun, pengumuman kerajaan bahawa gaji minimum terbaru adalah RM1,050 berbanding RM1,000 mengecewakan,” tulis ahli Parlimen Rembau itu pada pagi Khamis.

Jelas Khairy yang lebih mesra disapa KJ, Perintah Gaji Minimum 2016 diperkenalkan ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) yang diterajui bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang merupakan Ketua Pemuda Umno pada ketika itu turut memperjuangkan gaji minimum sehingga ia dilaksanakan.

Menurut KJ, isu gaji minimum adalah sangat rumit kerana ia melibatkan majikan dan pekerja.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan agar paras gaji minimum yang sesuai adalah sebanyak RM1,200.

“Saya rasa RM1,200 paras yang sesuai dan realistik untuk kenaikan pertama dibawah kerajaan PH (Pakatan Harapan).

“Namun, kerajaan dilihat telah tunduk kepada kehendak majikan dan tidak memihak kepada pekerja,” ujarnya.

Pada Rabu, The Star melaporkan bahawa kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam akan mula dilaksanakan pada tahun depan.

Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2019, ia dilaksanakan selepas dicadangkan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN).

Cadangan tersebut dibuat selepas Perintah Gaji Minimum 2016 diteliti oleh majlis berkenaan. – mStar Online

Tags: Gaji MinimumKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd