• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

E-sport Tidak Pinggir Sukan Fizikal

oleh Cj Mnh
05/09/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kewujudan sukan elektronik (e-sport) tidak akan meminggirkan sukan konvensional, sebaliknya ia adalah tambahan kategori dalam acara sukan.

Malah, sukan fizikal akan terus diperkasakan disamping kemasukan kategori e-sport sebagai pengiktirafan kepada aktiviti anak muda sekarang.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, perkembangan teknologi dan minat orang dalam permainan game semakin bertambah dan ia wajar diiktiraf dalam temasya sukan termasuk Sukan Malaysia (Sukma) 2018 nanti.

“Konsep sukan juga harus berubah mengikut perkembangan teknologi dan peredaran semasa dan e-sport kini diminati ramai orang terutama golongan muda.

“Dakwaan mengatakan e-sport akan pinggirkan sukan fizikal adalah tidak benar kerana kedua-duanya akan bergerak seiring,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan The Kuala Lumpur Major; DOTA Pro Circuit (DPC) musim 2018/2019.

The Kuala Lumpur Major DPC merupakan sebuah pertandingan permainan video Defence of The Ancient (DOTA) yang akan berlangsung pada 16 hingga 18 November 2018 di Axiata Arena, Bukit Jalil dan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai AS$1 juta.

Turut hadir dalam majlis itu ialah, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dab Ketua Pegawai Eksekutif PGL E-Sports, Silviu Stroie.

Tambah beliau, Malaysia merupakan negara berpotensi untuk berkembang dan berdaya saing dalam bidang e-sport kerana mempunyai pengguna internet yang ramai.

“Malaysia merupakan antara enam negara terbesar di Asia Tenggara yang memiliki 98 peratus peminat e-sport.

“Justeru, negara ini berpotensi bersar dalam bidang sukan itu dan kita menjangkakan jumlah peminatnya akan bertambah sehingga 19.8 juta pada tahun 2019 berbanding 9.5 juta pada 2016,” ujarnya.

Ujar Syed Saddiq lagi, kementeriannya akan bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membangunkan bidang e-sport yang akan menjadi salah satu acara dalam Sukma 2018 dan Sukan Asia pada 2022 nanti. – UTUSAN ONLINE

Tags: sukan elektronikSyed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd