• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majikan Boleh Bantu Pekerja Tangani Stres

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majikan boleh memainkan peranan penting membantu pekerja mereka menangani stres di tempat kerja dengan memperbaiki kandungan kerja dan menyusun semula waktu bekerja, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.

Beliau berkata penekanan di peringkat organsiasi adalah perlu untuk mengubah amalan bekerja termasuk mengkaji serta mempraktikkan amalan terbaik untuk mengurangkan tekanan pekerja.

Menurutnya, berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan yang dikendalikan kementerian itu pada 2015 mendapati prevalen masalah kesihatan mental dalam kalangan penjawat awam adalah 24.6 peratus, lebih rendah berbanding pekerja swasta iaitu 29.3 peratus.

“Masalah kesihatan mental berlaku apabila seseorang individu mengalami gangguan emosi atau perasaan yang boleh menyebabkan fungsi kehidupan sehari-hari terganggu tetapi tidak sampai kepada tahap penyakit mental seperti stres, keresahan dan kemurungan harian.

“Pekerja juga digalakkan meningkatkan interaksi dan perhubungan sesama rakan sekerja untuk mengurangkan risiko tekanan semasa bekerja,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Dr Lee berkata kementerian itu melaksanakan pelbagai inisiatif dalam menangani masalah tekanan mental dalam kalangan penjawat awam antaranya program Akrab atau Rakan Pembimbing dan membangunkan modul menangani stres di tempat kerja selain menyediakan latihan menangani stres serta kemahiran menangani kesihatan mental.

“Bagi menjaga kebajikan penjawat awam wanita, kerajaan telah menambah tempoh cuti bersalin bergaji penuh daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang tempoh perkhidmatan. Pegawai juga diberi fleksibiliti untuk menentukan tempoh cuti bersalin antara 60 hari hingga 90 hari bagi setiap kelahiran,” jelasnya.

Katanya 958 klinik disediakan untuk kemudahan akses di peringkat kesihatan premier bagi perkhidmatan saringan kesihatan mental untuk mengenali tahap stres, keresahan dan kemurungan. – BERNAMA

Tags: majikanpekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd