• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Malaysia Tak Gemar Tonton Filem Untuk Berfikir

oleh Ahmad Albab
05/09/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON Remy Ishak berpendapat setiap penonton mempunyai kehendak yang berbeza dalam pemilihan filem dan ia bukan sesuatu yang boleh dihalang.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 36, berkata ada ketikanya mereka lebih gemar menonton filem ringan untuk mengisi masa lapang.

Menurutnya, kutipan filem Hantu Kak Limah (HKL) telah membuktikan rakyat Malaysia tidak gemar menonton filem yang memerlukan untuk berfikir.

“Filem itu ibarat idea setiap orang. Kehendak penonton ini kita tak boleh halang. Ada ketika penonton suka yang santai untuk mengisi masa lapang.

Status pemilik akaun Noor Helmie yang mempersoalkan kemahuan dan kehendak selera penonton tempatan.

“Ada yang suka cerita-cerita berat dan ada juga yang suka filem berkonsepkan intelektual.

“Apabila kutipan filem santai lebih tinggi, di situ kita faham rakyat Malaysia tidak mahu sesuatu yang berat atau perlu berfikir,” kata Remy kepada mStar Online.

Remy ditemui ketika Malam Gala filem Rise Ini Kalilah di GSC, One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, pada Isnin.

Dia diminta mengulas mengenai perbandingan kutipan filem HKL dengan filem lakonannya iaitu Pulang yang jauh berbeza.

Filem HKL yang diarahkan Mamat Khalid itu mendapat kutipan sebanyak RM32.5 juta dalam masa 18 hari ditayangkan.

Manakala, filem gandingannya bersama Puteri Aishah itu berjaya mengutip sebanyak RM1 juta dalam masa seminggu.

Dalam pada itu, Remy beranggapan sebagai pengkarya seni tidak boleh berhenti untuk menghasilkan karya seperti filem Pulang.

Baginya, mungkin satu hari nanti filem sebegitu akan diterima di masa hadapan dan penonton melihat cerita tersebut dengan lebih santai.

“Sebagai pengkarya seni, tak boleh nak berhenti hasilkan cerita berat sebab filem perlu ada pelbagai.

“Bila orang buat cerita ringan, tak akan kita nak ikut sahaja. Nanti semuanya sama sahaja. Setiap filem mesti ada jatuh bangun, tapi kita kena positif.

“Satu hari nanti filem berat yang dianggap masyarakat ni mungkin akan diterima di masa akan datang dan mereka menonton dengan lebih santai pula,” ujarnya. – mStar Online

Tags: rakyat MalaysiaRemy Ishak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

DAP Berkembang Menjadi Sebuah Gerakan Politik Matang, Mewakili Aspirasi Semua Rakyat Malaysia – Nga Kor Ming

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menyeru semua ahli parti agar terus teguh dengan komitmen kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd