• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Naik Taraf Jalan Balakong Bukan Untuk Raih Undi

oleh
04/09/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALAKONG – Projek menaik taraf Jalan Balakong bertujuan memberi keselesaan kepada penduduk setempat dan tidak berkaitan atau bertujuan meraih undi bagi calon Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kecil Balakong pada Sabtu, kata Menteri Kerja Raya Baru Bian.

Beliau berkata projek yang menelan belanja RM8 juta itu bukanlah medium untuk ​​​​​​ ​meraih sokongan melalui projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dijalankan sepenuhnya oleh syarikat pemaju swasta.

“Syarikat pemaju iaitu Parkland Group sedang menjalankan projek pembinaan kondominium di lokasi berhampiran dan projek naik taraf ini dilakukan serentak demi keselesaan bakal penghuni dan masyarakat setempat.

“Kami cuba bawa pembangunan di mana-mana sahaja. Kebetulan ia berlaku ketika pengundian dan kita teruskan apa yang dirancang. Saya percaya rakyat boleh membuat kesimpulan mereka sendiri. Itu tidak mengapa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek menaik taraf Jalan Balakong di sini, hari ini.

Projek menaik taraf Jalan Balakong sepanjang 800 meter itu kepada jalan berkembar empat lorong serta menaik taraf dua persimpangan berlampu isyarat dan pemasangan lampu jalan, saliran longkang dan pengalihan utiliti. akan bermula bulan ini dan dijadual siap sepenuhnya dalam tempoh enam bulan.

​​​​​​​PRK Balakong pada Sabtu ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Eddie Ng Tien Chie dalam kemalangan jalan raya 20 Julai lepas menyaksikan pertandingan satu lawan satu calon MCA Tan Chee Teong dan calon PH Wong Siew Ki.

Sementara itu, dalam majlis berasingan, Baru berkata kerajaan PH akan terus memberi keutamaan kepada projek yang memberi manfaat kepada rakyat.

“Kami komited terhadap pembangunan lestari yang mengikut kehendak rakyat dan mahu melaksanakan lebih banyak pembangunan khususnya pembinaan sekolah di seluruh negara,” katanya ketika melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Taming Jaya, yang dinaik taraf di bawah Projek Menaik Taraf Sekolah Daif.

Projek pembinaan semula bangunan sekolah, yang menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan menelan belanja RM5 juta, dimulakan sejak 7 Mac dan dan siap sepenuhnya pada 8 Julai lepas.

Ia menggantikan bangunan yang mengandungi 15 bilik darjah yang usang dan tidak selamat untuk digunakan.

Baru berharap ia dapat mengurangkan masalah kepadatan pelajar di dalam kelas dan memberi keselesaan kepada warga sekolah itu. – BERNAMA

Tags: naik tarafPRK Balakong
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 12,000 Tandas Awam Dinaik Taraf, Madani Betul-Betul Bekerja – Nga Kor Ming

Hampir 12,000 Tandas Awam Dinaik Taraf, Madani Betul-Betul Bekerja – Nga Kor Ming

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani terus menunjukkan komitmen dalam meningkatkan kemudahan awam apabila hampir 12,000 tandas awam di seluruh negara...

Kerja Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Di Sabah 70 Peratus Siap – Dr Dzulkefly

Kerja Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Di Sabah 70 Peratus Siap – Dr Dzulkefly

15/11/2025
0

Putrajaya: Kerja-kerja pembaikan serta naik taraf fasiliti kesihatan di Sabah kini berada pada tahap 70 peratus siap, kata Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd