• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Kata UMNO Tak Perlukan Anwar

oleh
02/09/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAMPUNG GAJAH – UMNO tidak pernah memerlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kelangsungan politik parti itu, kata Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Sebaliknya, Annuar yakin suatu masa nanti Ketua Umum PKR itu yang akan memerlukan UMNO demi masa depan politiknya.

“Anwar kata dia tidak akan bekerjasama dengan UMNO, (sebenarnya) UMNO tidak pernah memerlukan Anwar Ibrahim, tapi sampai masa nanti Anwar akan memerlukan UMNO,” katanya berucap pada perhimpunan Melayu Bangkit di sini malam ini.

Dalam temubual khas dengan NSTP baru-baru ini, Anwar dilaporkan menolak sebarang kerjasama dengan UMNO selepas dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad kelak.

Anwar dilaporkan menyifatkan khabar angin itu sebagai tidak berasas dan sekadar salah faham orang ramai yang mentafsir kenyataannya terhadap UMNO sebelum ini yang dianggap sebagai tidak terlalu keras.

Annuar berkata, UMNO tidak pernah ‘mati’ tetapi lebih perkasa walaupun ada pemimpin besar seperti Anwar dan bekas Presidennya, Tun Dr Mahathir Mohamad, meninggalkan parti berkenaan.

Katanya, UMNO tidak memerlukan mana-mana individu untuk menjadi kuat sebaliknya parti itu terus kukuh kerana sokongan tidak berbelah bahagi orang Melayu.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita kemudian, Annuar menyatakan rasa berpuas hati terhadap perhimpunan itu dan meminta Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, untuk menggerakkan perhimpunan serupa di seluruh negara.

Katanya, adalah penting untuk rakyat bersuara dan menyuarakan kegusaran terhadap perkembangan politik semasa terutama yang menyentuh isu kedudukan Islam sebagai agama rasmi, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, kedudukan raja-raja Melayu dan bahasa kebangsaan.

“Perhimpunan itu bagaimanapun harus mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan serta tidak boleh dijadikan tempat untuk menimbulkan kebencian terhadap kaum lain,” katanya.

Hadir sama pada program itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad. – BH Online

Tags: Annuar MusaAnwar IbrahimUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd