• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polisi Baharu NAP Diumum Sebelum Hujung Tahun

oleh Cj Mnh
30/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengumumkan polisi baharu berkaitan Dasar Automotif Nasional (NAP) sebelum hujung tahun ini selepas kajian dasar tersebut selesai dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.

Menurut beliau, kajian dasar tersebut bertujuan memastikan industri tersebut kekal kompetitif dan memberi manfaat kepada rakyat.

“Kita sedang kaji Dasar Automotif Nasional dan kita akan umumkan dasar yang baharu yang lebih kompetitif dengan menawarkan harga kereta yang lebih berpatutan serta meneliti semula yuran sebanyak RM10,000 yang perlu dibayar pengusaha kereta untuk setiap Lesen Import (AP) terbuka,” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Chai Kim Sen berkenaan yuran Lesen Import (AP) yang dikenakan kepada pengusaha kereta.

Ong berkata, polisi baharu tersebut juga akan memberi kepentingan untuk merombak semua monopoli dalam industri tersebut.

Menjawab soalan asal Chai yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang memansuhkan AP untuk menunaikan janji kerajaan Pakatan Harapan bagi menurunkan harga kereta, Ong berkata buat masa ini kerajaan tidak bercadang memansuhkan AP memandangkan ia bukan faktor yang menentukan harga kereta di pasaran.

“Kita juga akan mengambil beberapa langkah yang lebih ketat bagi memastikan AP ini tidak disalah guna,” katanya. — BERNAMA

Tags: Dasar Automotif NasionalDr Ong Kian Ming
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Letak Jawatan Kerajaan Beri ‘Perlindungan Politik’ Kepada DAP – Kian Ming

Letak Jawatan Kerajaan Beri ‘Perlindungan Politik’ Kepada DAP – Kian Ming

21/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming menyenaraikan beberapa alasan mengapa parti itu mempunyai justifikasi untuk...

Dulu Tuduh Jual Negara, Sekarang Mahu Pujuk China

13/09/2018
0

SELEPAS menuduh kerajaan sebelum ini menjual kedaulatan kepada China, menteri kerajaan Pakatan Harapan dalam lawatan ke China hari ini cuba...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd