• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seni Lukisan Mampu Satukan Rakyat – Dr Siti Hasmah

oleh
29/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seni lukisan mampu menyatukan rakyat dalam menzahirkan rasa cinta kepada negara, kata isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Beliau berkata ini kerana hasil kreatif yang dicipta seorang pelukis mampu dihayati dan ditafsir sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan warna kulit.

”Seni lukisan boleh menyatukan rakyat kerana melalui lukisan seseorang itu boleh meluahkan perasaan mereka sama seperti alunan muzik. Jika ada kedua-duanya (lukisan dan muzik), anda boleh menunjukkan kasih sayang kepada seseorang,” katanya ketika merasmikan Pameran ‘Teh Tarik with The Flag’ di Balai Seni Visual Negara di sini hari ini.

Pameran yang dianjurkan Balai Seni Visual Negara dengan kerjasama Wei Ling Gallery bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2018 itu berlangsung selama sebulan bermula hari ini.

Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa berkata pameran itu menampilkan hasil seni 13 pelukis tempatan yang mengangkat Jalur Gemilang sebagai lambang menyatakan semangat patriotik kepada negara.

“Pameran ini daripada rakyat dan reaksi rakyat terhadap bendera kita yang melambangkan identiti negara di samping menampilkan budaya-budaya yang digemari rakyat.

“Karya dipamerkan juga menyatakan gambaran, luahan dan ramalan pelukis mengenai negara yang dicintainya,” kata beliau.

Pameran tersebut dibuka kepada orang ramai setiap hari bermula 10 pagi hingga 6 petang. – BERNAMA

Tags: Tun Dr Siti Hasmah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr Siti Hasmah Melawat Muhammad Adib Di IJN

17/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meluangkan masa selama 45 minit melawat anggota bomba...

Semua Anggota Bomba Diminta Berhati-Hati Jalankan Tugas

03/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meminta semua anggota bomba berhati-hati dalam menjalankan tugas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd