• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Bakal Buka Tiga Pasar Tani Baharu Di Johor

oleh
29/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Johor bakal membuka tiga tapak pasar tani baharu di negeri ini.

Timbalan Pengarah FAMA negeri, Mohd Sharizan Mansor berkata, ketiga-tiga tapak pasar yang akan dibuka ialah di daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Segamat.

Beliau berkata, setakat ini Johor mempunyai 65 tapak pasar tani dengan 20 daripadanya di Johor Bahru, enam di Segamat dan lima di Kota Tinggi.

“Bagi Johor Bahru, kita berkemungkinan akan membuka pasar tani di Taman Anggerik atau Bukit Indah, di Kota Tinggi pula adalah di Taman Saujana manakala Segamat di kawasan bandar Segamat.

“Kita telah mengemukakan permohonan dan menunggu kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berhubung lokasi tapak pasar tani yang akan dibuka” katanya pada majlis penutup Karnival JOM Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB) di sini, hari ini.

JOM yang merupakan singkatan kepada J iaitu jualan, O – opportunity (peluang kerjaya) dan M (merdeka) itu bertujuan menyediakan platform kepada para pelajar untuk mempamerkan bakat usahawan mereka.

Sementara itu, Mohd Sharizan berkata FAMA turut menyediakan beberapa ruang tapak di pasar tani khusus kepada pelajar dari Diploma Keusahawanan PMJB bagi memberi pendedahan kepada dunia perniagaan.

Beliau berkata, seramai 20 pelajar terlibat dalam Program Keusahawanan Coaching & Mentoring PMJB di Pasar Tani Datin Halimah, di sini dengan usaha sama FAMA dan beberapa pihak industri lain.

“Program ini sudah berjalan sejak 4 Ogos lepas dan akan berakhir pada 1 Sept. – BERNAMA

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd