• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

oleh
29/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi jawatan presiden dan siapa sahaja yang dipilih haruslah bersedia untuk bekerjasama bagi memberi nafas baharu dan mengukuhkan semula parti .

Beliau berkata peranannya ialah untuk memastikan peralihan kuasa secara lancar kepada penggantinya.

Bagaimanapun, beliau berharap pemilihan MCA akan datang tidak akan melemahkan parti secara dalaman.

“Saya tidak mahu melihat terlalu banyak kemelut dalaman berlaku berhubung pemilihan parti. Sekarang kita berada di kedudukan paling lemah dan kita semua perlu bekerjasama sebagai satu pasukan untuk melakukan transformasi dalam parti.

“Nasihat saya ialah marilah kita bekerjasama, barang siapa yang mahu mencabar satu sama lain, marilah duduk dan pastikan kita boleh bersama-sama untuk melakukan pembaharuan dalam parti,” kata beliau kepada pemberita pada upacara mengangkat sumpah untuk pemegang jawatan baharu bagi Bahagian Bangi di sini, malam ini.

Liow diminta mengulas mengenai keputusan bekas Naib Presiden Gan Ping Sieu untuk bertanding bagi jawatan tertinggi.

Selain timbalan presiden Datuk Seri Wee Ka Siong yang menawarkan dirinya untuk jawatan itu, beberapa anggota parti dilaporkan juga mendesak bekas presiden Tan Sri Dr Chua Soi Lek untuk bertanding jawatan tersebut.

Liow yang akan mengundur diri pada November berikutan kekalahan pada pilihan raya umu ke-14 secara terbuka memberi sokongan kepada Wee, satu-satunya anggota parlimen dari MCA, untuk menggantikan beliau.

Pemilihan MCA akan diadakan pada 4 Nov. – BERNAMA

Tags: Liow Tiong LaiMCA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tiada Sekatan Ke Atas Warga Asing Beli Hartanah

Next Post

PRK Seri Setia: Denyut Nadi Orang Susah Bukan Perkara Baru

Related Posts

PRK Dun Sungai Bakap: MCA Sedia Bantu Kempen

PRK Dun Sungai Bakap: MCA Sedia Bantu Kempen

08/06/2024
0

Johor Bahru : MCA tidak menolak untuk membantu kempen calon Kerajaan Perpaduan yang akan diturunkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

Selepas MCA, MIC Pula Umum Tak Bertanding PRN

05/07/2023
0

KUALA LUMPUR: Selepas MCA, kini MIC turut mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri bulan...

Next Post

PRK Seri Setia: Denyut Nadi Orang Susah Bukan Perkara Baru

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd