• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Terima Tawaran Bangunkan ECRL Pada Kos RM10 Bilion

oleh Cj Mnh
28/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri berkata, terdapat pihak yang bersedia membangunkan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) pada kos serendah RM10 bilion.

Tidak menamakan pihak berkenaan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, kerajaan sudah tentu akan menimbangkan pilihan yang lebih murah kerana tidak cerdik kalau menghiraukannya.

“Ada yang kata mereka boleh buat ECRL dengan RM10 bilion bukannya RM55 bilion. Sesetengahnya syarikat China, ada juga syarikat tempatan. Kita perlu berbincang dengan mereka sekiranya ada kemungkinan untuk mengurangkan kos daripada RM55 bilion kepada RM10 bilion, tidak cerdik kalau kita tidak terima.

“Tetapi kita perlu kaji apakah kita sebenarnya boleh kurangnya kosnya sehingga sebanyak itu,katanya kepada The Malaysian Insight seperti yang disiarkan dalam portal berita tersebut hari ini.

Tambah Perdana Menteri lagi, kerajaan sedia membayar lebih lagi (daripada RM10 bilion) tetapi sudah tentu bukannya RM55 bilion untuk landasan kereta api dari Kelantan ke Pelabuhan Klang itu.

“Membayar RM55 bilion untuk sesuatu yang anggaran tertingginya hanya RM30 bilion tidak baik untuk kedudukan kewangan kita,” katanya.

Dalam lawatan lima hari ke China baru-baru ini, Dr. Mahathir berkata, projek ECRL dan Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) yang bernilai berbilion ringgit, dibatalkan.

Walau bagaimanapun, beliau kemudiannya berkata, kerajaan sedang mengkaji sama ada menangguhkan sementara atau mencari kaedah lain untuk melaksanakan projek ECRL dan projek lain yang berkaitan dengan China.

Mengulas perbincangan beliau dengan kerajaan China mengenai hal itu, Perdana Menteri memberitahu, beliau telah menjelaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak mempunyai wang dan tidak mampu untuk meneruskan projek berkenaan.

“Sama ada kita batalkan projek (ECRL), menangguhkannya atau mengurangkan kosnya. Itu yang hendak kita lakukan.

“Butirannya akan ditentukan pada peringkat pegawai. Saya hanya menyebutnya daripada segi prinsip iaitu kita tiada wang dan kita perlu batalkan atau tangguh atau kurangkan kos,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Projek ECRLtawaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

Kebocoran Gas: JKKP Keluar Notis Larang Kerja, Aktiviti Pembinaan Di Tapak Projek ECRL Seksyen 5, Kerteh

21/09/2025
0

KUALA TERENGGANU: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengeluarkan notis larangan kerja di Tapak Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL)...

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

Projek ECRL Dirancang Minimum Kerosakan Alam Sekitar

11/05/2024
0

KUALA TERENGGANU : Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer membabitkan perbelanjaan sebanyak RM50.27 bilion direka bentuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd