• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pemimpin MIC Didakwa Gubah Wang Haram

oleh Ahmad Albab
28/08/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bekas Naib Presiden MIC Tan Sri S. Balakrishnan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas dua pertuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan transaksi pengeluaran wang berjumlah RM6.012 juta antara 2012 dan 2013.

Bagi pertuduhan pertama, Balakrishnan, 64 yang mewakili syarikat Sinniyah & Sons Sdn Bhd didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi pengeluaran wang berjumlah RM6.012 juta daripada akaun Bank Affin Berhad milik syarikat itu, yang mana jumlah itu merupakan hasil aktiviti haram.

Untuk pertuduhan kedua, dia selaku pengarah syarikat Sinniyah & Sons Sdn Bhd didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu transaksi pengeluaran berjumlah yang sama menerusi akaun bank yang sama, yang merupakan hasil aktiviti haram.

Kedua-dua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Bank Affin Berhad, Jalan Kebun Teh di sini, antara 12 Jun 2012 dan 5 Sept 2013, menurut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, Balakrishnan yang merupakan Naib Presiden MIC bagi tempoh 2013 hingga 2015 boleh didenda sehingga RM5 juta atau dipenjarakan sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Khazrin Hafiz Khalil manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk V. Manukaran dan N.Yuhendra.

Pada prosiding hari ini, Hakim Jailani Rahman turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes bagi dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ini berikutan tertuduh turut berdepan perbicaraan pada 3 Sept ini mengenai satu kes mengemukakan tuntutan palsu membabitkan nilai hampir RM13 juta berhubung Projek Pengindahan dan Pembaikan Sungai Melaka, pada 2013. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Gubah Wang Harampemimpin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

Malaysia Negara Ke-7 Paling Dipercayai Dunia, Rakyat Yakin Kepada Pemimpin – Nga Kor Ming

22/05/2026
0

PUTRAJAYA – Malaysia kini berada di kedudukan ketujuh negara paling dipercayai di dunia berdasarkan laporan 2026 Edelman Trust Barometer. Menteri...

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

Kembalilah Ke ‘Rumah Bangsa’, UMNO Sedia Terima Pemimpin Bersatu Dipecat – Asyraf Wajdi

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempelawa pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd