• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar SMK Seri Nilam Hasilkan Jalur Gemilang Gergasi

oleh
27/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini memberi kegembiraan berganda buat warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam di sini yang berjaya menghasilkan Jalur Gemilang gergasi berukuran 25 kaki lebar dan 120 kaki panjang.

Lebih istimewa apabila bendera gergasi yang dihasilkan daripada 28 kepingan kain yang dicat berkibar megah dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut menjadi tumpuan ramai untuk mengabadikan gambar kenangan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Guru SMK Seri Nilam, Mohd Noor Taib berkata seramai enam guru dan 10 pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima terlibat secara langsung dalam penghasilan bendera gergasi itu.

“Kami mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan Jalur Gemilang ini, bermula dengan proses awal pemilihan kain putih yang sesuai sehinggalah proses mengecat kepingan kain ini yang berlarutan ke malam hari.

“Alhamdulillah, segala penat lelah kami berbaloi apabila melihat ramai yang teruja dengan bendera gergasi ini dan secara tidak langsung turut menyemarakkan lagi sambutan hari kebangsaan di sekolah kami,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Pada 2012, SMK Seri Nilam pernah menghasilkan bendera gergasi bersaiz 15 kaki lebar dan 180 kaki panjang dengan kos RM1,000 namun pada tahun ini bendera yang dihasilkan lebih besar dengan kos RM1,400.

Mohd Noor berkata penghasilan bendera gergasi itu diharap dapat menyemai semangat patriotisme di kalangan pelajar dan memberikan mereka kenangan indah setiap kali menjelang hari kebangsaan pada masa akan datang.

“Sekolah adalah tempat terbaik untuk melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri kukuh dan cintakan negara, program seumpama ini diharap dapat memupuk semangat patriotisme dalam jiwa mereka dan menyumbang sesuatu kepada agama, bangsa dan negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: jalur gemilang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Polis Buka Kertas Siasatan Bendera Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

27/10/2025
0

JALUR GEMILANG DIPASANG TERBALIK DI PEKAN NANAS: POLIS PONTIAN JALANKAN SIASATAN   PONTIAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat...

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

Lagi Jalur Gemilang Dipasang Terbalik

20/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Lagi insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik dikesan di sebuah klinik pergigian swasta dipercayai berlaku di daerah Pontian....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd