• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemaskini Pangkalan Data Kontraktor Elak Monopoli Projek

oleh Cj Mnh
27/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kerajaan Johor akan mengemaskini sistem pangkalan data sebagai usaha memastikan kesemua maklumat berkaitan kontraktor dapat direkodkan dengan teratur terutama projek yang dikendalikan sesebuah syarikat kontraktor itu.

Pengerusi Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Mazlan Bujang berkata sistem yang dibangunkan oleh Pusat Pembangunan Kontraktor Johor (JCCD) itu juga dilakukan bagi mengelakkan wujudnya monopoli kontraktor terhadap sesuatu projek pembangunan kerajaan negeri.

Menurut Mazlan, pihaknya kini sedang meneliti beberapa kertas kerja berkaitan kemas kini sistem pangkalan data berkenaan yang dijangka mengambil masa yang lama untuk dikaji.

“Ada tiga kertas kerja yang akan dinilai, kita perlu pilih sistem terbaik untuk diimplimentasi dasarnya, selain memerlukan masa yang agak panjang bagi menilai sistem terbaik.

“Pangkalan data ini juga akan menunjukkan berapa banyak projek yang dikendalikan dan nilai kerja mereka (kontraktor), ini memudahkan kita untuk kawal peluang projek kepada mereka untuk pastikan tiada monopoli,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Industri Binaan Bumiputera Negeri Johor, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Johor Nor Hashimi Mahat dan Pengarah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Johor Othman Safar.

Mazlan menegaskan dengan mengemaskini pangkalan data, sesuatu projek yang diperoleh sesebuah syarikat kontraktor itu dapat dihadkan agar wujud kesamarataan.

“Dengan sistem ini, kita dapat mengehadkan seorang kontraktor memperoleh maksimum tiga hingga empat projek setahun, berbanding sebelum ini ada yang memperoleh tujuh hingga lapan projek setahun,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri juga akan memperketatkan pembaharuan kontraktor sekiranya pihak terbabit dikesan menyewakan lesen itu kepada pihak ketiga.

“Kita akan pastikan selepas ini kita tidak akan sambung lesen mereka (kontraktor), kita tidak mahu kuantiti sahaja tetapi tidak berkualiti.

“Kejayaan mereka bukan bergantung kepada kerajaan, bergantung kepada sikap mereka, kalau mereka berusaha, maka, mereka berjaya,” katanya. – BERNAMA

Tags: pangkalan dataprojek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Yang Lama Lulus Tetapi Belum Mula Akan Dibatalkan – PM

Projek Yang Lama Lulus Tetapi Belum Mula Akan Dibatalkan – PM

11/09/2023
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membatalkan projek-projek yang telah lama diluluskan termasuk projek dalam Rancangan Malaysia terdahulu tetapi belum dapat...

Subsidi Bersasar RON95: KPDN Guna Pangkalan Data JPJ

Subsidi Bersasar RON95: KPDN Guna Pangkalan Data JPJ

24/12/2022
0

Johor Bahru : Pangkalan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan digunakan sebagai satu daripada elemen dalam pemberian subsidi bersasar membabitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd