• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Anggota ATM Diarah Kembali Lapor Diri

oleh Cj Mnh
27/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga anggota Pasukan Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dikatakan masih berkhidmat sebagai pegawai pengiring bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, diarah untuk kembali melapor diri kepada ATM.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata ia sebagai tindakan susulan selepas pihak ATM menjalankan siasatan berhubung dakwaan ketiga-tiganya masih berkhidmat dengan Hishammuddin selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran.

“ATM sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu dan akan membuat keputusan segera mengenai status kes berkenaan.

“Buat masa ini, mereka telah diberikan arahan untuk kembali melaporkan diri kepada ATM,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kelmarin, Mohamad mengarahkan siasatan segera dilakukan berhubung dakwaan tiga anggota Pasukan Khas masih berkhidmat dengan Hishammuddin seperti didedahkan sebuah portal berita.

Laporan itu turut mendakwa dua pegawai pengiring itu adalah anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) manakala seorang lagi adalah anggota komando.

Ketiga-tiga pegawai itu dipercayai berkhidmat dengan bekas Menteri Pertahanan itu sejak 2013 dan sepatutnya tamat selepas PRU14 apabila Hishammuddin bukan lagi menteri.

Menurut laporan itu lagi, sumber ATM turut mendedahkan ketiga-tiga individu terbabit mendapat dua gaji, daripada ATM dan Hishammuddin sendiri.

Sementara itu, ATM dalam satu kenyataan, semalam, mengesahkan tiga anggota Pasukan Khas itu sudah ditamatkan penugasan sebagai pengiring rapat Hishammuddin selepas PRU14.

Menurut kenyataan itu, ATM juga sudah melaksanakan siasatan terhadap dakwaan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perkara itu terbukti benar. – BH Online

Tags: Anggota ATMlapor diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Tentera Dilapor Hilang Ditemui, Ditahan Untuk Siasatan

Anggota Tentera Dilapor Hilang Ditemui, Ditahan Untuk Siasatan

26/03/2026
0

KUANTAN, 26 Mac 2026 – Seorang anggota tentera yang sebelum ini dilaporkan hilang ketika bertugas dalam Op PASIR di Semporna,...

PRU-15: 146,737 Anggota ATM Dan Pasangan Mengundi Awal Selasa Ini

PRU-15: 146,737 Anggota ATM Dan Pasangan Mengundi Awal Selasa Ini

13/11/2022
0

Kuala Lumpur : Seramai 146,737 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan akan mengundi pada hari pengundian awal Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd