• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Litar Sepang Dibangun Sebagai Hab Sukan Permotoran Serantau

oleh
25/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SILVERSTONE – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan terus dibangunkan sebagai hab sukan permotoran di rantau Asia Tenggara, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Selepas pemantauan litar berkenaan diletakkan di bawah penyeliaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula minggu lepas, Syed Saddiq berkata antara langkah awalnya adalah mendekatkan golongan belia kepada sukan permotoran.

Sebelum ini penyeliaan Litar Antarabangsa Sepang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan.

“Ia bukan sahaja kepada pelumba, malahan juga dalam pelbagai bidang kerjaya dalam sukan berkenaan seperti jurutera dan mekanik pasukan,” katanya ketika ditemui media Malaysia selepas sidang media pengumuman kerjasama antara SIC dan Petronas, selaku penaja utama pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team, pada Jumaat.

Beliau berkata antara sebab utama litar berkenaan diletakkan di bawah penyeliaan KBS adalah bagi memudahkan kementerian mendekati golongan belia khususnya golongan ‘mat motor’.

“Kita (KBS) mahu mendekati golongan ‘mat motor’ ini dalam usaha mencari penyelesaian bersama selain mengiktiraf sukan permotoran sebagai sukan yang begitu penting di hati rakyat Malaysia.

“Misi saya hendak memastikan Litar Antarabangsa Sepang dijadikan hab sukan permotoran ASEAN. Ia akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan. Di situ kita ada pelbagai jenis perlumbaan seperti drag, F2, F3, F4, MotoGP (dan sebagainya).

“Supaya akhirnya ada pembangunan komprehensif dan di bawah KBS, ini akan dijadikan fokus kami,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Syed Saddiq berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan penggiat sukan berkenaan termasuk golongan belia yang meminati sukan permotoran dalam tempoh sebulan akan datang.

“Menerusi pertemuan ini, saya berharap kami dapat mencari titik pertemuan dan akhirnya suara mereka diambil kira dalam usaha merangka masa depan sukan permotoran di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

Hakim Cuti Sakit: Keputusan Kes Pecah Amanah, Pengubahan Wang Haram Syed Saddiq Ditangguh

30/06/2026
0

Oleh Mynewshub PUTRAJAYA - Sesuatu yang tidak diduga berlaku semasa keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd