• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akta Kerja 1955 Akan Dikaji Semula

oleh
25/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Sumber Manusia berkemungkinan mengkaji semula Akta Kerja 1955 bagi melindungi kepentingan semua pihak termasuk golongan pekerja dan majikan di negara ini.

Menterinya, M. Kula Segaran berkata ketika ini perbincangan sedang dilakukan dan draf menyeluruh berkaitan kajian semula akta itu dijangka siap sepenuhnya minggu hadapan.

Selain itu, beliau berkata kementeriannya juga bercadang menambah lapan perkara baharu dalam akta berkenaan agar sesuai dengan situasi pekerjaan di negara ini.

“Lapan perkara baharu dalam akta itu juga dalam proses untuk dibaca semula kerana ada beberapa akta itu tidak sesuai selain tidak menepati keperluan pekerjaan pada masa ini.

“Kita masih di peringkat perbincangan dengan pemegang yang berkepentingan dalam industri pekerjaan, kesatuan pekerja, pekerja, badan bukan kerajaan (NGO) dan mereka yang boleh menyumbang input kepada penambahbaikan akta ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Kerjaya Untuk Golongan Kelainan Upaya (OKU) di sini, hari ini.

Program sehari itu dianjurkan oleh Yayasan Sultan Idris Shah dan Persatuan DayBreak dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.

Mengenai program hari ini, Kula Segaran yang juga Anggota Parlimen Ipoh Barat berkata ia sesuatu yang sangat baik dan pihaknya berharap golongan OKU diberi ruang serta peluang untuk bersama-sama membangunkan ekonomi negara.

Pada masa sama, beliau berharap golongan OKU tidak berasa terpinggir seterusnya memajukan diri setaraf individu normal.

“Kerajaan memuji langkah majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada OKU, ia satu langkah yang baik kerana kita tidak boleh meminggirkan golongan OKU dalam mengupayakan diri mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: AktaM Kulasegaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

Pertubuhan Makkal Kural Malaysia Gesa Tindakan Paling Tegas Terhadap Pemandu Mabuk

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Makkal Kural Malaysia memohon tindakan undang-undang yang paling tegas, saksama dan tanpa pilih kasih diambil terhadap...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd