• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Kecilkan Kapasiti Stadium Baharu

oleh
24/08/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Kapasiti stadium baharu Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang masih dalam pembinaan akan dikurangkan daripada 40,000 kepada 20,000 orang sahaja.

Ia dipercayai berpunca daripada bilangan penyokong JDT yang hadir ke stadium bagi menyaksikan perlawanan pasukan itu kian merosot.

Presiden Kelab Bola Sepak JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkata, stadium baharu itu sepatutnya siap sepenuhnya pada Mei tahun depan.

“Tetapi projek ini telah memakan lebih banyak masa oleh kerana pemilik kelab, Tunku Mahkota Johor dan barisan pengurusan kelab ingin mengurangkan kapasiti stadium daripada 40,000 orang kepada 20,000 orang sahaja.

“Oleh itu, ia terpaksa kemungkinan dilakukan semula mengikut kapasiti yang telah diubah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan Presiden Kelab Bola Sepak JDT itu dikeluarkan selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Datuk Ismail Karim mendedahkan dua penaja JDT menarik diri daripada menaja pasukan itu musim depan.

Kedua-dua penaja berkenaan membuat keputusan menarik diri disebabkan kehadiran penyokong JDT yang semakin merosot di stadium.

Ismail dipetik berkata, perkembangan terbaru itu bermakna bajet peruntukan kelab JDT pada tahun hadapan bakal berkurangan antara 20 hingga 30 peratus berbanding tahun ini. – MYNEWSHUB.TV

Tags: JDTStadium
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

Onn Hafiz Umum 25 Mei Hari Cuti Peristiwa Johor Sempena Kejayaan JDT Julang Piala Malaysia

24/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan 25 Mei ini sebagai Hari Cuti Peristiwa bagi negeri Johor sempena kejayaan Johor Darul...

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

Yang di-Pertuan Agong Ucap Tahniah JDT, Syabas Tunku Mahkota Ismail

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Laman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd