• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencemaran Udara Selubungi Sukan Asia

oleh Ahmad Albab
18/08/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Indonesia bersiap sedia untuk pembukaan Sukan Asia, namun ibu kotanya yang dibelenggu masalah kesesakan trafik juga diliputi jerebu semalam sekali gus mengancam kejohanan sukan kedua terbesar di dunia itu.

Langit Jakarta mencatatkan kualiti udara tidak sihat sejak beberapa minggu lalu di sebalik tindakan drastik untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas termasuk sistem nombor plat genap dan ganjil serta penutupan sebahagian sekolah dan jalan bertol.

Indeks kualiti udara Jakarta berlegar pada bacaan sekitar 107 semalam dan boleh mendatangkan bahaya kepada individu yang sensitif terhadap pencemaran udara termasuk penghidap masalah pernafasan.

Indeks itu bagaimanapun kerap melepasi 150 bulan ini, bacaan yang dianggap mengancam kesihatan populasi awam. Bacaan lebih 300 pula adalah berbahaya kepada manusia.

Kira-kira 16,000 atlet dan pegawai dari 45 buah negara bersama peminat sukan membanjiri Jakarta dan bandar Palembang untuk temasya sukan itu yang bermula hari ini.

Atlet yang bertanding di stadium tertutup tidak akan terjejas, namun lain pula kisahnya untuk acara luar seperti atletik, memanah, besbal, bola lisut, ragbi dan bola sepak, kata pakar pencemaran udara di Universiti Indonesia, Budi Haryanto.

Bertanding dalam persekitaran udara kotor membataskan keupayaan atlet untuk mempamerkan prestasi terbaik mereka, tambahnya. Situasi itu diburukkan lagi dengan suhu panas 32 darjah Celsius di Jakarta.

Punca utama pencemaran udara di ibu negara Indonesia itu ialah asap kenderaan. Terdapat kira-kira 18 juta kereta di kota raya yang didiami 10 juta penduduk itu, manakala jumlah tersebut meningkat setiap tahun.

Sementara itu, masalah jerebu yang melanda saban tahun kembali menyelubungi Palembang. Bandar lain yang berdepan cabaran pencemaran udara termasuk Beijing ketika ia bersiap sedia menjadi tuan rumah sukan Olimpik 2008. – AFP/KOSMO ONLINE

Tags: JerebuSukan Asia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd