• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehebatan Viagra Bawa Padah

oleh Ahmad Albab
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Seorang lelaki di India yang mengambil pil Viagra cedera selepas anaknya melompat di atas kemaluannya ketika mahu mengejutkannya bangun daripada tidur

Mail Online melaporkan, kejadian itu disiarkan dalam British Medical Journal Case Reports oleh seorang doktor yang memberitahu lelaki berkenaan mengalami patah zakar.

Pesakit berusia 36 tahun yang tidak dinamakan itu berjumpa doktor dua hari kemudian mengadu mengenai keadaan zakarnya yang bengkok, bengkak dan sangat sakit.

Lelaki berasal dari Uttar Pradesh mengaku dia mengambil 100 miligram sildenafil yang dinamakan sebagai Viagra pada malam sebelum kecederaan itu berlaku.

Selepas melakukan hubungan seks dengan isterinya, zakar lelaki itu masih tegang dan dia terus tidur dengan harapan ia kembali normal pada sebelah paginya.

Bagaimanapun, pada sebelah pagi, anak lelakinya secara tidak sengaja terjatuh di atas kemaluannya yang sedang tegang menyebabkan organ itu cedera.

Doktor kemudiannya segera melakukan pembedahan membaiki kerosakan pada tisu di kemaluan lelaki itu.

Dr Deepanshu Sharma yang merawat pesakit itu memberitahu, selepas menjalani rawatan selama enam minggu, kemaluan lelaki berkenaan kembali berfungsi dengan normal. – Agensi/myMetro Online

Tags: lelakiviagra
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

Video Lelaki Mirip ‘YB Beliau’ Didakwa Siram Air Terhadap Penguat Kuasa Tular

05/11/2026
0

MELAKA - Satu rakaman video memaparkan kekecohan melibatkan seorang lelaki yang didakwa mirip calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi...

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub.