• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Betul Encik…Ada Orang Sengaja Letak Pil’

oleh Ahmad Albab
16/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – “Betul encik… ada orang sengaja letak pil (ecstacy) dalam minuman saya”. Itu alasan dua wanita yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam Ops Perdana di sebuah pusat hiburan di Penampang Baru, awal pagi tadi.

Kedua-dua wanita berusia 19 dan 22 tahun itu antara 19 individu ditahan dalam operasi yang dijalankan di kawasan Karamunsing, Likas, dan Manggatal, bermula jam 9 malam.

Wanita itu mendakwa berkunjung ke pusat hiburan itu bagi menyambut hari lahir rakan manakala seorang lagi wanita hanya menemani rakannya berhibur.

Malah, mereka turut mendakwa hanya meminum minuman keras dan kononnya tidak mengambil barang terlarang.

Penolong Pengarah Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Sabah, Joannes Yabin, berkata hasil ujian saringan awal air kencing ke atas kedua-dua wanita itu didapati positif dadah jenis ecstacy.

“Hasil operasi itu, AADK menahan 19 individu iaitu 13 lelaki dan tiga wanita disyaki penagih yang semuanya positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu dan ecstacy,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat AADK Negeri, di Wisma Dang Bandang, di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Pencegahan dan Kesedaran Awam AADK, Abdul Rahman Hamid; Pengarah AADK Sabah, Bakri Bibi dan Ketua Pegawai AADK Kota Kinabalu, Lawrence Galleh.

Joannes berkata, semua tangkapan dibawa ke pejabat AADK Sabah untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983.

“Kita akan tahan dan reman di bawa Seksyen 4(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Operasi ini membabitkan 23 anggota dan pegawai AADK serta sembilan dari pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Sementara itu, Joannes berkata, Ops Perdana ini turut dijalankan serentak di empat daerah iaitu di Sandakan, Tawau, Tuaran dan Labuan.

“Hasil operasi itu, seramai 101 individu ditahan dan daripada jumlah itu, 87 individu iaitu 77 lelaki dan 10 wanita ditahan kerana didapati positif dadah. – BH ONLINE

Tags: AADKWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd