• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Warga Emas Meninggal Dunia Di Dalam Rumah

oleh Ahmad Albab
16/08/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri warga emas ditemukan meninggal dunia di rumah mereka di Jalan Kenari, Felda Tenggaroh 3, Jemaluang, dekat Mersing, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata mayat A Wahab Yusof, 72, dan Nilam Ibrahim, 70, dijumpai kira-kira 11.50 malam tadi oleh anggota Balai Polis Sungai Ambat, Mersing, yang memecah masuk rumah tersebut.

“Terdahulu, polis menerima panggilan telefon daripada orang awam, kira-kira 11.05 malam tadi memaklumkan terdapat bau busuk yang kuat dari dalam rumah pasangan terbabit.

“Polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 11.50 malam, kemudian bertindak memecah masuk rumah tersebut lalu menemukan mayat pasangan itu yang berpakaian lengkap dalam keadaan membusuk,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat Nilam berada di atas katil manakala mayat A Wahab yang mula reput dan berair pula terbaring di atas lantai bersebelahan katil tersebut.

Katanya siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah boleh dikaitkan dengan kematian pasangan itu, namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kematian itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Mayatwarga emas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd