• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Udang Galah Murah Mudarat Kesihatan

oleh Cj Mnh
15/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu yang tular di media sosial dan laporan pihak media massa pada 13 Ogos 2018 berkaitan isu lambakan udang galah murah di Malaysia yang didakwa telah menyebabkan gatal-gatal, badan bengkak, bengkak hidung, mata berair serta cirit-birit dan muntah.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan akan terus menjalankan pemantauan ke atas makanan di pasaran tempatan dan di semua pintu masuk negara.

Sejak 1 Januari 2005, semua konsainan udang (termasuk udang galah) yang diimport perlu disertai dengan Sijil Kesihatan yang memberi jaminan bahawa konsainan udang tersebut adalah bebas daripada bahan terlarang yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa (Competent Authority) negara pengeksport terlibat.

Sekiranya Sijil Kesihatan ini tidak disertakan, konsainan udang berkenaan tidak dibenarkan masuk ke negara ini.

Bagi tujuan pemantauan, pada tahun 2017 sejumlah 183 sampel udang import telah diambil di pintu masuk negara manakala sejumlah 56 sampel udang import telah diambil di pintu masuk negara bagi tempoh Januari sehingga Julai 2018.

Kesemuanya telah didapati mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Di dalam isu penjualan udang galah murah ini, KKM akan terus meningkatkan pemantauan ke atas produk tersebut di pintu masuk negara dan di pasaran tempatan bagi memastikan pematuhan ke atas perundangan makanan. Di samping itu, KKM juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Semua makanan yang diimport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 telah menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau hubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14 OGOS 2018

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama : Khairul Nizawati binti Amat Mustajab
Penolong Pegawai Perhubungan Awam
Unit Komunikasi Korporat
Tel : 03-8883 3675 / 019-3265122

–BERNAMA 

Tags: Tularudang galah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Video Tular Puja Jin, Tiga Individu Didakwa Hari Ini

Video Tular Puja Jin, Tiga Individu Didakwa Hari Ini

30/08/2025
0

Johor Bahru: Tiga individu akan didakwa hari ini, susulan video disyaki seolah memuja jin dan ajaran sesat di Parit Raja,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd