• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MB Perlis Harap Kerajaan Persekutuan Sokong Projek Dirancang

oleh Cj Mnh
14/08/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kerajaan Perlis berharap kerajaan Persekutuan menyokong pelaksanaan projek-projek pembangunan yang dirancang di negeri itu dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11).

Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berkata faktor penting untuk projek-projek itu menjadi kenyataan adalah sokongan kerajaan pusat dalam menyediakan peruntukan bagi membina infrastruktur yang lengkap.

Katanya kerajaan negeri telah mengambil inisiatif melalui perbincangan khususnya dengan pihak swasta bagi merealisasikan projek-projek berimpak tinggi seperti pembangunan Kawasan Industri Lembah Chuping (CVIA) dan bandar Kuala Perlis.

“ Walaupun ada pihak berminat dan sanggup membangunkan projek ini, kita masih perlu menilai kaedah, model perniagaan dan aliran tunai pihak berkenaan serta bertepatan dengan agenda pembangunan negeri,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan kakitangan awam negeri di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri memutuskan memberhentikan sumbangan lembu untuk ibadah korban tahun ini dan menutup Unit Pembangunan Komuniti (UPK) yang membabitkan perbelanjaan lebih RM1 juta setahun sebagai langkah berjimat-cermat.

“Oleh kerana kerajaan tidak mampu membiayai UPK walaupun sedar kepentingannya, wakil-wakil rakyat akan mengurus sendiri UPK menggunakan wang mereka. Atas sebab itu juga saya tidak menyokong gaji mereka dipotong 10 peratus.

“ Pada tahun lepas kerajaan negeri membelanjakan hampir RM900,000 bagi membeli lembu untuk (disumbangkan bagi) ibadah korban dan tahun ini angka itu dijangka mencecah RM1 juta. Justeru, wang yang dijimatkan akan digunakan bagi tujuan lebih berfaedah untuk rakyat,” katanya.

Berhubung sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini, Azlan berkata ia akan diadakan di Stadium Tuanku Syed Putra Kangar pada sebelah malam.

Katanya sambutan kali ini dijangka lebih meriah kerana bermula dua hari sebelum itu akan diadakan sambutan Hari Peladang, Petani dan Nelayan peringkat negeri di tempat sama ,yang diteruskan sehingga 31 Ogos.

Ketika berucap sebelum itu, Azlan merayu rakyat Perlis membayar bil air kerana wang tersebut akan membantu Syarikat Air Perlis (SAP) untuk menyelenggara peralatan dan paip-paip yang bocor.

Beliau berkata kerajaan negeri amat berterima kasih kepada kerajaan persekutuan kerana meluluskan peruntukan sebanyak RM90 juta tahun ini kepada SAP bagi menggantikan paip-paip lama dan menyelenggara serta membaik pulih peralatan untuk membekalkan air terawat kepada rakyat. – BERNAMA

Tags: MB Perlisprojek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama” – Kata UMNO Pekan

“Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama” – Kata UMNO Pekan

09/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Rahimi Abdul Samad menyifatkan pencapaian yang dicanangkan kerajaan semasa ibarat peribahasa...

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd