• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putus Dengan Lelaki Muslim, Zhang Ziyi Kahwin Penyanyi Rock?

oleh
11/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Special delivery: Crouching Tiger actress Zhang Ziyi is stunned when her boyfriend Wang Feng proposes using a drone to deliver the ring during her 36th birthday celebration on Saturday

BEIJING – Aktres dan model ternama dari China, Zhang Ziyi, 36 tahun; mengakui bakal berkahwin dengan kekasihnya, Wang Feng, setelah beliau dilamar dengan gimik menggunakan sebuah pesawat tanpa juruterbang atau drone pada Isnin.

Media tempatan pada Selasa melaporkan, peristiwa itu kebetulan berlaku ketika sambutan majlis hari lahir Zhang pada Isnin apabila Wang, seorang bintang rock terkenal di China, mengirim sebuah drone putih yang membawa sebentuk cincin berlian.

Wang, 43 tahun, yang menubuhkan kumpulan rock popular No.43 Baojia Street sejak belajar di sebuah kolej muzik di sini pada 1994; kemudian dilihat mengambil cincin itu dan berlutut untuk meminta kesediaan Zhang menerima lamaran dirinya.

Zhang Ziyi ketika hangat bercinta dengan Sa Beining pada 2012. – Gambar hiasan

Duda yang pernah berkahwin dua kali itu akhirnya gembira lega apabila Zhang sanggup berkata: “Ya”, sekali gus menyebabkan drama airmata spontan dan disambut tepuk tangan tetamu yang hadir menyaksikan peristiwa tersebut.

Sehari setelah lamaran, Zhang yang mula menjadi terkenal melalui filem kung fu Crouching Tiger, Hidden Dragon pada 2000 itu; memuat turun foto bunga api menerusi akaun laman sosial milik peribadinya dan menulis, “Saya bersedia.”

Zhang pada 2012 pernah mencipta tajuk berita utama media China apabila menerima lamaran seorang lelaki Muslim tempatan dari suku etnik Hui, Sa Beining yang mengirim sejambak besar 9,999 kuntum bunga mawar kepada beliau.

Hubungan Zhang dengan pengacara stesen televisyen tempatan itu turut mendapat restu ahli-ahli keluarga dan mereka pernah berkucupan mesra pada majlis hari lahir ke-33 tahun aktres jelita tersebut selepas setahun menjalin hubungan serius.

Namun, ia tinggal kenangan secara misteri dan Zhang pernah dikritik kerana berpacaran dengan seorang pegawai tentera rejim Israel, Vivi Nevo, selain peranannya sebagai gadis pekerja seks Jepun dalam filem epik Memoirs of a Geisha pada 2005.

Aktres tersebut malah pernah dikritik kerana mungkir janji untuk menyumbangkan derma peribadi sebanyak 1 juta yuan (RM500,000) kepada Palang Merah China untuk tabung bantuan mangsa gempa bumi terburuk di Sichuan pada 2008. – Agensi

Tags: aktresChinaZhang Ziyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd