• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tuntutan Masyarakat Orang Asli Tak Munasabah

oleh Cj Mnh
13/08/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Banyak tuntutan yang dikemukakan oleh masyarakat Orang Asli yang mengadakan sekatan pembalakan di Gua Musang tidak munasabah, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata antaranya termasuklah setiap keluarga diberikan tanah seluas 20 hektar dan kawasan tempat mereka mencari makan dijadikan sebagai kawasan rayau.

“Jika setiap keluarga menuntut tanah seluas 20 hektar maka kerajaan negeri perlu sediakan 80,937 hektar. Jika begitu bagaimana kerajaan negeri nak memperoleh hasil,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Jumaat lepas, 220 masyarakat Orang Asli diketuai Pengerusi Jaringan Kampung Wilayah Tanah Adat Pos Simpor (Jaringan) Nur Mohd Shafiq Dendi Abdullah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung masalah pencorobohan tanah di kawasan mereka.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata Jaringan merupakan sebuah badan yang tidak berdaftar dan menyukarkan kerajaan negeri untuk mengadakan perbincangan dengan mereka.

“Mereka badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berdaftar dan dakwa mewakili Orang Asli sedangkan kita difahamkan tok batin dan penghulu (yang dilantik oleh kerajaan negeri) tidak mengikut Jaringan. Bagaimana Jaringan boleh dakwa Orang Asli mengikut mereka.

“Saya sendiri ragu berapa ramai Orang Asli mewakili (menyertai) Jaringan… sebab itu kita ambil keputusan untuk mengutamakan pandangan yang dikemukakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan tok batin,” katanya.

Mohd Amar berkata setakat ini kerajaan negeri telah menggazetkan tiga kawasan untuk digunakan oleh masyarakat berkenaan di negeri itu dan sebarang projek yang diluluskan kerajaan negeri tidak mengganggu kawasan yang dikhususkan kepada masyarakat tersebut.

“Kawasan lain untuk digazetkan sedang dalam penelitian Pejabat Tanah dan Galian,” katanya. – BERNAMA

Tags: Orang Aslituntutan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sampai Biduk Ditumpangkan Mahu Menentukan Haluan Nakhoda – Sultan

Jangan Sampai Biduk Ditumpangkan Mahu Menentukan Haluan Nakhoda – Sultan

17/06/2026
0

LIPIS - Sifat belas ihsan dan perikemanusiaan yang diamalkan rakyat negara ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menggadaikan kedaulatan negara...

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd