• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Perlu Semangat Patriotisme Beli Produk Tempatan

oleh Ahmad Albab
13/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia perlu mencontohi semangat patriotisme seperti yang dimiliki rakyat Jepun dengan menyokong membeli produk tempatan sehingga dikenali dunia sebagai produk berkualiti, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini, beliau berkata rakyat Jepun bertindak membantu apa juga industri negara mereka termasuk industri automotif kerana mempunyai semangat patriotisme secara praktikal.

Pada permulaan Jepun menceburi bidang automotif, keluarannya tidak begitu tinggi mutunya namun sokongan rakyatnya yang patriotik menyebabkan industri itu dapat diperbaiki lagi.

“Dalam pembuatan kereta mereka semakin lama semakin maju sehingga hari ini sampai ke tahap dikenali dunia sebagai negara yang keluarannya bermutu tinggi. Inilah hasil pengorbanan mereka (rakyat Jepun) pada awalnya yang membeli barangan buatan mereka sendiri,” katanya.

“Orang Malaysia pun suka membeli kereta Jepun yang berkualiti walaupun harga lebih mahal dari Proton,” katanya lagi.

Dr Mahathir berkata jika rakyat mencontohi sikap patriotisme orang Jepun, Malaysia akan membangun dan menjadi negara maju.

Dr Mahathir berkata beliau memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur yang terdapat Jepun, Korea dan China, yang mana mereka maju dengan pesat sebab kualiti budaya mereka.

“Mereka kerja keras dengan menentukan hasil sebaik mungkin sehingga berjaya sebaik mungkin.

“Itulah sampai hari ini, kita tidak jumpa kereta Austin, Morris di atas jalan kita… dikalahkan kereta Toyota, Hyundai dan tidak lama lagi Geely,” katanya.

Dr Mahathir berkata apa yang penting, rakyat Malaysia perlu mempunyai semangat mulia, amanah dan nilai hidup untuk memulihkan dan membangunkan negara.

“Orang Jepun malu sangat kalau gagal melaksanakan arahan dan matlamat. Tetapi orang Malaysia malu sebab miskin atau tidak dapat sesuatu,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga mahu penjawat awam bertanggungjawab dengan berpegang pada budaya mulia dan menolak segala perbuatan rasuah.

“Kalau ada pegawai berminat rasuah, negara akan hancur,” katanya.

Dr Mahatir turut menceritakan bahawa beliau dijemput untuk menunjuk ajar kepada golongan remaja Jepun mengenai budaya Jepun di Forum Fokuoka, yang telah dihadiri sebanyak 15 kali.

“Nampak mereka (orang Jepun) masih berminat untuk mendengar orang Melayu mengajar orang Jepun menjadi Jepun.

“Orang muda Jepun confuse (keliru) kerana mereka melihat dalam televisyen budaya berlainan daripada yang disampaikan ibu bapa. Itu sebab perlu bawa mereka balik kepada budaya yang membawa kejayaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Patriotismerakyat Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia –  Yang di-Pertuan Agong

Individu Tidak Mahu Ikut Prinsip Rukun Negara Tidak Layak Digelar Warganegara Malaysia – Yang di-Pertuan Agong

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah mana-mana individu yang tidak mahu mengikut prinsip Rukun Negara tidak layak...

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

Cawangan Di Kawasan Majoriti Melayu Bukti DAP Bukan Parti Perkauman – Poay Tiong

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa penubuhan cawangan parti itu di kawasan majoriti pengundi Melayu membuktikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd