• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Nepotisme DAP? Anak Kit Siang Jadi Senator

oleh
11/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALAHAI… Pakatan Harapan (PH) berjaya menjadikan Malaysia Baharu sebagai platform terbaik demi kepentingan sendiri apabila ‘selamba’ mengutamakan anggota keluarga dalam bidang politik.

Jika Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbangga anaknya, Datuk Seri Mukhriz bukan sahaja menjadi Ahli Parlimen Jerlun, malah mampu dipilih sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua dalam sejarah negeri itu.

Juga PKR yang menyaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail serah jawatan presiden parti kepada suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahkan anaknya, Nurul Izzah ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Tidak ketinggalan DAP dengan mendiang Karpal Singh pasti senyum anaknya, Gobind Singh Deo menjadi menteri, Jagdeep Singh Deo pula Exco Kerajaan Pulau Pinang dan Ramkarpal Singh ialah Ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Terbaharu, DAP juga catat sejarah apabila ‘otai’ pengasas parti itu, Lim Kit Siang tentu bertambah meriah dengan kehadiran seorang anak perempuannya, Li Hui Ying dilantik sebagai Senator Dewan Negara mewakili Pulau Pinang.

Berita pelik itu diumumkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow ketika cadang nama tersebut pada sesi penggulungan usul Ucapan Yang Dipertua Negeri dalam sidang Dewan Undangan Negeri di George Town semalam.

Media melaporkan ADUN Padang Kota itu berkata, Hui Ying dipilih bersama-sama dengan bekas Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Yusmadi Yusoff untuk galas jawatan lantikan politik tersebut selama tempoh tiga tahun.

Mereka berdua akan menggantikan Siti Aishah Shaik Ismail dan Dr. Ariffin SM Omar yang tamat tempoh pada 1 Jun lalu. Hui Ying, 55, merupakan pengarah kempen DAP di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13 dan ke-14.

Beliau merupakan graduan ekonomi dari Universiti Malaya. Ketika ini, anak lelaki Kit Siang, Lim Guan Eng ialah Menteri Kewangan dan pernah menjadi ketua menteri Pulau Pinang selain bertugas sebagai Ahli Parlimen Bagan.

Isteri kepada Setiausaha Agung DAP tersebut iaitu, Betty Chew Gek Cheng kebetulan pernah jadi ADUN di beberapa kerusi di Melaka. Begitulah kehebatan parti itu yang gagal disaingi Barisan Nasional (BN) dalam isu nepotisme!

Untuk rekod, jika ada pemimpin BN yang berbuat perkara sama, mereka tentu dikutuk teruk oleh penyokong PH sebagai konon pentingkan kaum kerabat keluarga sendiri untuk jarah kekayaan negara! – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Lim Hui YingLim Kit Siangnepotisme
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd