• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pokok Tumbang Di P.Pinang Akibat Hujan Lebat, Angin Kencang

oleh
09/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Hujan lebat berserta angin kencang melanda Pulau Pinang malam ini sehingga menumbangkan pokok di beberapa kawasan.

Keadaan hujan lebat dan angin kencang kira-kira 8.45 malam itu mengakibatkan pokok tumbang di Balik Pulau dan Teluk Bahang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata lokasi pokok tumbang di dua lokasi itu adalah berdekatan.

“Lokasi pertama dengan lokasi kedua lebih kurang 500 meter. Kerja pembersihan di lokasi pertama telah selesai. Lokasi kedua Jalan Titi Kerawang menuju ke Teluk Bahang.

Kerja pembersihan di lokasi kedua tidak dapat dijalankan kerana terdapat kabel elektrik melintang di atas jalan dan pokok tumbang yang besar,” katanya dalam satu ​​​​​​​kenyataan, di sini malam ini.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan dan arahan penutupan jalan sehingga kerja-kerja selesai telah diatur.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh berkata tiga buah kereta di Jalan Terengganu, di sini dihempap pokok manakala Pangsapuri Mutiara Idaman 1 di Solok Tengku, di sini serta kuarters kerajaan berhadapan Pangsapuri Serina Bay turut terjejas apabila bumbung terbang dan pokok tumbang berikutan angin kencang itu. – BERNAMA

Tags: hujan lebat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Hampir Seluruh Negara Petang Ini

Ribut Petir, Hujan Lebat Landa Hampir Seluruh Negara Petang Ini

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Sepuluh negeri dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd