• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kru Gembira Bawa Balik Equanimity Ke Malaysia

oleh
08/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELABUHAN KLANG – Kapten kapal layar mewah Equanimity, Oystein Senneseth berkata beliau dan 17 anak kapal yang lain gembira dapat membawa balik kapal itu ke perairan Malaysia.

Katanya kesemua mereka berada dalam keadaan baik serta bebas bergerak ke mana sahaja dan akan melakukan segala yang perlu untuk memastikan kapal itu sentiasa dalam keadaan baik.

“Kru kapal gembira dapat bawa balik Equanimity ke sini dan mereka sekarang lebih tenang.

“Pada awalnya masing-masing agak bimbang kerana ini situasi yang baharu dengan senjata api dan anggota polis berada di atas kapal… tetapi sekarang mereka lebih relaks,” katanya hari ini ketika ditemui pemberita di Terminal Boustead Cruise Centre di sini, di mana kapal itu sedang berlabuh sekarang.

Beliau turut berterima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia yang memberikan segala bantuan yang perlu kepada mereka selama ini.

Kapal layar yang dianggar bernilai RM1 bilion itu tiba di pusat tersebut semalam dan dipercayai antara aset yang dibeli menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho atau Jho Low yang dipercayai pemiliknya kini dalam buruan pihak berkuasa negara bagi membantu siasatan 1MDB.

Menurut Jabatan Peguam Negara, kapal layar itu dirampas mengikut prosedur yang betul di bawah undang-undang Malaysia. – BERNAMA

Tags: Equanimity
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Penuh Equanimity Dibayar Dalam Tempoh Ditetapkan

11/01/2020
0

PUTRAJAYA - Genting Malaysia Bhd. menjadi pemilik baru kapal layar mewah Equanimity selepas keuntungan jualan lebih RM0.5 bilion dikreditkan ke...

Kapal Persiaran Mewah Berkait Jho Low Dijual Semula

20/10/2019
0

PETALING JAYA - Kapal persiaran mewah yang dikaitkan dengan ahli perniagaan yang dikehendaki Low Taek Jho dilaporkan dijual semula, lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd