• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kurang Pengetahuan Punca Ramai Kurang Makan Buah Tempatan

oleh
06/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kurang pengetahuan mengenai kelebihan khasiat buah-buahan tempatan antara punca golongan muda terutama pelajar sekolah kurang makan buah-buahan tempatan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Mansor Omar berkata walaupun kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan yang dianjurkan agensi itu dilaksanakan sejak 2013, tahap kesedaran makan buah-buahan berkenaan oleh golongan itu masih rendah.

“Kebanyakan golongan muda lebih minat makanan segera kerana mudah dimakan,” katanya kepada pemberita pada program Kempen Lebihkan Makan Buah-Buahan Tempatan peringkat Perlis di Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis Izmi Ismail dan Pengarah FAMA negeri Mohamad Paisal Amri.

Mansor berkata FAMA giat menjalankan kempen tersebut ke seluruh negara dengan menyasarkan pelbagai peringkat rakyat bertujuan menggalakkan mereka makan lebih banyak buah-buahan tempatan.

Katanya mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) setiap individu perlu makan 400 kilogram (kg) buah-buahan dan sayur-sayuran setahun.

Rakyat Malaysia pula hanya makan kira-kira 120kg buah-buahan dan sayur-sayuran setahun berbanding rakyat negara maju melebihi 150kg setahun, katanya.

Mansor berkata kempen tersebut yang memasuki tahun kelima akan dilaksanakan lebih menyeluruh dan agresif untuk tempoh tiga tahun akan datang. – BERNAMA

Tags: FAMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

Fama Tingkatkan Jualan Beras 2 Kali Ganda Minggu Depan

21/09/2023
0

Kuala Lumpur : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meningkatkan jumlah jualan beras putih tempatan sebanyak dua kali ganda kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd