• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Ibrahim Menang, Bakal PM

oleh Cj Mnh
06/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berada pada landasan terbaik untuk mengambil alih kedudukan Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri selepas berjaya memenangi jawatan Presiden PKR.

Beliau menang tanpa bertan­ding apabila menjadi satu-satu­nya calon yang menghantar borang ke ibu pejabat PKR di Peta­ling Jaya dekat sini hari ini bagi me­rebut jawatan tersebut.

Borang pencalonan Anwar dicadangkan sendiri oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk membolehkan suaminya mengambil alih peranan beliau untuk menerajui parti.

Peralihan kuasa dari­pada Dr. Mahathir kepada Anwar dijangka dilaksanakan dalam tempoh dua tahun selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lalu, namun Presiden PKR itu terlebih dahulu perlu bertanding di dalam pilihan raya dan menjadi Ahli Parlimen.

Kemenangan Anwar itu juga sedikit sebanyak menggembirakan penyokongnya yang sebelum ini dikatakan bimbang ko­non­nya beliau akan disaingi oleh menteri ‘paling berkuasa’ dalam Kabinet selepas Dr. Mahathir iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ia susulan daripada spekulasi bahawa Dr. Mahathir cuba mengangkat Mohamed Azmin dalam usaha mengekang kemaraan Anwar dalam pentas politik.

Bagaimanapun hasrat menyaksikan pertembungan Anwar dengan Timbalan Presiden PKR itu tidak kesampaian apabila Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut sekadar mahu mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti yang akan bermula September ini.

Mengulas mengenai keputusan Mohamed Azmin, Setiausaha Politiknya, Hilman Idham berkata, kesetiaan Mohamed Azmin terhadap Anwar tidak boleh dipertikaikan.

“Sepanjang berkhidmat de­ngan Mohamed Azmin, saya tahu beliau orang yang setia dengan Anwar. Tiada orang lain yang le­bih setia kepada Anwar selain Mohamed Azmin,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat parti itu.

Mohamed Azmin akan menentang Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli sekali gus menepati persepsi sesetengah pemerhati politik mengenai pertembungan kem Mohamed Azmin dan kem Rafizi.

Malah ia seolah-olah seperti mengesahkan kandungan rakaman suara yang ditularkan sebelum ini yang mendakwa Rafizi mendapat ‘restu’ untuk menentang Moha­med Azmin meskipun tidak terbukti suara tersebut adalah milik Anwar.

Bagaimanapun, rata-rata pe­mimpin tertinggi PKR yang menghantar borang pencalonan ma­sing-masing tidak mahu melihat sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan parti itu sama ada spekulasi pertembungan Mohamed Azmin dengan Anwar atau Rafizi. – UTUSAN ONLINE

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimPKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd