• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Land MALPHI 2018 Fokuskan Operasi Kawasan Membangun

oleh Cj Mnh
06/08/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pengalaman tentera Filipina dalam pertempuran di bandar Marawi, Mindanao tahun lalu bakal dikongsi bersama tentera Malaysia semasa latihan tentera Malaysia-Filipina (Land MALPHI) 2018 siri ke-19, kata Panglima 2 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Ramli Jaafar.

Beliau berkata latihan selama 14 hari itu akan memfokuskan pertempuran di kawasan membangun atau fibua.

“Kami tetapkan beberapa objektif untuk mempelajari kepakaran masing-masing. Selain daripada itu dengan adanya eksesais ini kami dapat tingkatkan interaksi di semua peringkat antara kedua-dua pihak.

“Kami berharap melalui eksasis ini dapat menimba pengalaman di samping meningkatkan profesionalisme dari segi mempelajari tektik dan prosedur baharu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Eksesais Land MALPHI siri19/2018 di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Panglima Tentera Darat Filipina Mejar Jeneral Robert Musni Arevalo.

Eksesais Land MALPHI siri 19 melibatkan 120 pegawai dan anggota dari kedua-dua negara itu dijalankan di Batalion ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Kem Gua Permai di sini.

Dalam pada itu, Arevalo berkata konsep latihan dua hala antara Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Filipina berkembang setiap tahun.

“Dengan ancaman keselamatan baharu di rantau ini, pelampau ekstremis, ISIS…kita kini menyedari ada ancaman yang menekan bukan sahaja bagi Filipina tetapi juga global.

“Jadi eksesais ini telah berkembang dan ia sangat responsif dan diadakan pada masa yang tepat berbanding eksesais yang lain. Delegasi Filipina boleh berkongsi pengalaman mereka di Marawi,” katanya. – BERNAMA

Tags: latihanTentera
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd