• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wakil Rakyat Dibenar Sentuh Isu 1MDB, Dana RM2.6 Bilion

oleh
02/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Yusof hari ini menarik balik keputusan yang tidak membenarkan Anggota Dewan Rakyat menyentuh isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana RM2.6 billion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mohamad Ariff berkata beliau telah meneliti keputusan dibuat Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebelum ini yang menyatakan isu 1MDB adalah subjudis kerana dalam siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).

“Saya telah menimbang perkara ini dan mentafsirkan bahawa mahkamah dalam Peraturan Mesyuarat hanya terpakai kepada mahkamah dalam Malaysia dan tidak terpakai kepada mahkamah luar negara,” katanya selepas selesai sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau membuat keputusan itu sebagai jawapan kepada permohonan Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) pada 25 Julai lepas yang ingin tahu sama ada keputusan dibuat Pandikar Amin sebelum ini berkaitan 1MDB masih terpakai di Dewan Rakyat.

Berhubung isu dana RM2.6 bilion pula, Mohamad Ariff memberikan alasan kes berkenaan tiada lagi dalam pertimbangan mahkamah.

Jelasnya, Mahkamah Tinggi sebelum ini telah menolak permohonan untuk mengadakan perintah sekatan mahkamah berhubung isu dana RM2.6 bilion itu.

“Mahkamah telah memutuskan untuk menolak permohonan tersebut berdasarkan permohonan tiada merit pada peringkat interlokutori dalam kes sivil,” katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Ariff membuat satu lagi keputusan untuk tidak membenarkan perbahasan melibatkan isu yang tertakluk dalam kes mahkamah membabitkan Najib yang dituduh di Mahkamah Tinggi terhadap tiga dakwaan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

“Berhubung interim gag order yang diperoleh peguam bela YB (Yang Berhormat) Pekan di mana tidak boleh menimbulkan isu-isu berkaitan yang sedang dihadapi oleh beliau boleh disebut dalam dewan ini, saya telah meneliti perkara ini dan memutuskan bahawa ia melibatkan pendakwaan kes jenayah di mahkamah Malaysia.

“Oleh itu, tidak dibenarkan ia dibincang, dibahas atau disebut dalam dewan ini sebagai mana sekatan dalam gang order tersebut,” katanya. – BERNAMA

Tags: 1MDB
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd