• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nombor Plat Edisi ‘Malaysia’ Dibuka Hari Ini Hingga 15 Ogos

oleh Cj Mnh
01/08/2018
dalam Gaya Hidup, Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Nombor pendaftaran kenderaan edisi ‘Malaysia’ telah dibuka untukbidaan mulai hari ini hingga 15 Ogos dengan harga tempahan minima RM10,000 bagi nombor 1 hingga 10.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata orang ramai boleh mula membuat bidaan di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia di negeri masing-masing dan keputusannya akan diperolehpada 29 Ogos ini.

“Nombor pendaftaran kenderaan edisi Malaysia ini mempunyai empat kategori dan masing-masing mempunyai nilai bidaan minima yang mana bagi kategori ‘Nombor Bernilai Utama RM10,000’ iaitu nombor 1 hingga 10 serendah RM10,000, Nombor Menarik RM2,000 dan RM300 untuk Nombor Popular dan Nombor Semasa.

“Mereka yang berminat boleh membuat bidaan mengikut sistem manual sedia ada… Tiada nombor yang boleh di’reserve’ (tempah) oleh mana-mana pihak termasuk orang kenamaan, saya sendiri pun bida di pejabat JPJ hari ini,” katanya.

Beliau ditemui selepas membuat bidaan bagi nombor 509 edisi itu, dengan nilai bidaan RM1,509, sebagai simbolik kepada tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 di Ibu Pejabat JPJ Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Loke berkata nombor pendaftaran kenderaan 2020, bagaimanapun dikhaskan untuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Nombor ini kita simpan untuk Tun M, tetapi kalau Tun M tidak mahu baru kita buka bidaan kepada orang ramai,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata sistem e-bidding buat masa ini tidak dapat dilaksana berikutan terdapatmasalah teknikal.

“…kita tangguhkan sekejap kerana itu sekarang ini kita teruskan bidaan melalui sistem manual atau sistemsedia ada,” katanya.

Dalam pada itu, Loke berkata tidak sampai 20 minit ia dibuka untuk bidaan, kira-kira 47 pembida telah membuat bidaan bagi nombor pendaftaran edisi itu di seluruh negara.  – BERNAMA

Tags: Malaysianombor plat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

Reformasi Pengiktirafan UEC Terlalu Perlahan – Pengerusi DAP Johor

29/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP mengakui reformasi proses pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di Malaysia masih perlahan. Pengerusi DAP Johor, Teo...

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd