• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Regimen Gerak Khas Harus Terus Setia Kepada Raja, Negara

oleh Cj Mnh
01/08/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERSING – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan anggota Rejimen Gerak Khas agar terus berpegang teguh kepada prinsip kesetiaan kepada raja dan negara dalam situasi perubahan aliran politik negara.

Baginda bertitah prinsip itu harus menjadi ikatan yang kuat kepada setiap anggota tanpa boleh disangkal.

“Tanamkan semangat setia kawan yang tinggi dalam pasukan serta jaga hubungan silaturrahim yang muhibah antara satu sama lain agar ‘serumpun bak serai sesusun bak serih’,” titah baginda pada perbarisan sambutan hari ulang tahun Rejimen Gerak Khas ke-53 di Markas 21 Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, di sini.

Mengambil kira pelbagai dimensi ancaman yang kompleks kini, baginda berharap pemimpin dan anggota rejimen itu bersatu dan memberi perhatian yang lebih khususnya kepada tahap kesiapsiagaan.

Tunku Ismail bertitah mereka perlu sentiasa proaktif dan terkini agar membentuk pasukan yang dinamik dalam dunia siber yang serba canggih.

“Pembangunan sumber manusia dan kecanggihan peralatan serta ilmu ketenteraan yang pelbagai juga perlu dimiliki bagi mendokong aspirasi angkatan tentera,” titah baginda.

Selain itu Tunku Ismail turut menzahirkan terima kasih kepada rejimen berkenaan kerana telah memberi perhatian yang lebih kepada pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor bagi menyertai latihan kemahiran ketenteraan. – BERNAMA

Tags: regimen gerak khasTunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petunjuk Jelas Apabila Orang Politik Berkuasa Sepenuhnya – TMJ

25/10/2020
0

JOHOR BAHRU - Keadaan politik yang sedang berlaku ketika ini adalah petunjuk jelas apabila kuasa mentadbir diberikan sepenuhnya kepada orang-orang...

Orang Baru Kenal Politik Masih Ramai Hidup Dalam Fantasi

01/10/2018
0

SEJAK Pakatan Harapan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad menang dan membentuk kerajaan persekutuan, imej Mahathir melonjak dan menjadi tumpuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd