• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nak Kahwin Sanggup Merompak

oleh Cj Mnh
31/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Satu pasangan kekasih gagal mencapai impian berkahwin selepas ditahan polis kerana merompak sebuah koperasi di Tangerang bagi mendapatkan wang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka.

Menurut laporan Jakarta Post melaporkan, Tri Wahyudi, 22, dan teman wanitanya, Wiwin Winarsih, 19, melarikan wang hampir 38 juta rupiah (RM10,700) dari Koperasi Simpanan dan Pinjaman Mandiri Perkasa, Tangerang Selatan.

“Pada 25 Julai, koperasi itu melaporkan kehilangan 37.9 juta rupiah akibat rompakan.

“Suspek dikenali sebagai Tri dan Wiwin yang mempunyai hubungan,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Tangerang Selatan, Alexander Yurikho.

Menurutnya, Tri adalah bekas pekerja di koperasi terbabit dan suspek mengambil kesempatan untuk merompak memandangkan dia tahu di mana wang disimpan.

“Salah seorang suspek ialah bekas pekerja koperasi dan mereka mengambil wang dari kabinet besi dalam pejabat yang diumpil dengan pemutar skru,” katanya.

Tribune News melaporkan, bendahari koperasi, Rahmawati Safitri membuat laporan polis kepada Polis Serpong selepas mendapati wang terbabit hilang selain mendapati ada kesan calar pada kabinet itu.

Alexander berkata, polis berjaya menahan kedua-dua suspek pada 27 Julai lalu di Bekasi, Jawa Barat, dan merampas 26.4 juta rupiah (RM6,920) daripada mereka.

Katanya, pasangan itu terpaksa membatalkan rancangan untuk berkahwin dan didakwa mengikut Artikel 363 Kod Jenayah kerana mencuri yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun. – Agensi

Tags: merompakpasangan kekasih
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pasangan Kekasih ‘Lalok’ Dalang Kes Pecah Masuk Kereta Sekitar Kota Bharu

Pasangan Kekasih ‘Lalok’ Dalang Kes Pecah Masuk Kereta Sekitar Kota Bharu

19/11/2025
0

KOTA BHARU: Pasangan kekasih yang disyaki mendalangi 21 kes pecah masuk kereta membabitkan kerugian lebih RM100,000 sejak beberapa bulan lalu...

Polis Tahan Pasangan Kekasih, Rampas 6,000 Pil Yaba, 1.4 Gram Syabu

Polis Tahan Pasangan Kekasih, Rampas 6,000 Pil Yaba, 1.4 Gram Syabu

01/08/2025
0

KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan sepasang kekasih dan merampas 6,000 biji pil yaba serta 1.49 gram syabu dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd