• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Stesen Kereta Api Tanjong Pagar Dibuka Kepada Awam Waktu Cuti

oleh
09/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Setelah terbiar ditutup kepada orang awam lebih tiga tahun lalu, bekas stesen kereta api Tanjong Pagar di sini akhirnya akan dibuka kepada masyarakat sebagai salah satu tarikan pelancongan terbaharu berasaskan bangunan warisan sejarah.

Media tempatan pada Isnin bagaimanapun melaporkan, bekas tapak terminal rel milik syarikat kerajaan Malaysia itu atas sebab tertentu hanya akan dibuka untuk tujuan lawatan pada hari-hari cuti bermula dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang sahaja.  

Penguasa Tanah Singapura (SLA) dalam satu kenyataan berkata, pada Ogos tahun lalu ia pernah mengkaji kemungkinan memperkenalkan kedai-kedai makanan ringan di situ tetapi sambutan dingin memandangkan tempoh sewa yang pendek.

Papan tanda ucapan ‘Selamat Datang Ke Malaysia’ pernah dipasang di stesen kereta api Tanjong Pagar, Singapura sebagai menunjukkan kawasan itu berada dalam wilayah Malaysia. – Gambar hiasan

Justeru, SLA menambah, ia akan terus meneroka cara-cara baharu untuk membuka kembali bekas stesen kereta api lama itu dengan pelbagai acara dan kegiatan awam sekali gus menghidupkan monumen bersejarah itu yang ditutup sejak 30 Jun 2011 lalu.

Stesen yang siap dibina pada 1932 itu nama lamanya, Singapore Railway Station atau Keppel Road Railway Station kerana terletak di Keppel Road, Telok Blangah tidak jauh dari Masjid Jamek Temengong Daeng Ibrahim, milik kerajaan negeri Johor.

SLA mewartakan bangunan tersebut sebagai monumen kebangsaan pada 9 April 2011 dan berhasrat mengubah suai tapak stesen berusia 79 tahun itu menjadi muzium kereta api Singapura sejurus operasi KTMB dipindahkan ke terminal baharu di Woodlands.

Masjid Temenggong Daeng Ibrahim milik kerajaan negeri Johor di Teluk Blangah bersebelahan kawasan pelabuhan Singapura dan daerah komersial utama Central dekat Tanjong Pagar menjadi tumpuan rakyat Malaysia selain penduduk tempatan menjalani ibadah harian. – Gambar hiasan

Sebelum diserah kepada SLA pada 1 Julai 2011, rakyat Malaysia yang berada dalam kawasan stesen itu secara teknikal dan protokol antarabangsa dianggap sebagai masih dalam wilayah Malaysia dan tidak tertakluk kepada undang-undang Singapura.

Namun, selepas tarikh itu ekoran pemeteraian perjanjian Malaysia-Singapura pada 1990, cuma kawasan Masjid Jamek Temengong Daeng Ibrahim dianggap wilayah Malaysia dengan imam, bilal dan tok siak adalah petugas dilantik Jabatan Agama Islam Johor.

Malah masjid seluas 0.7 hektar yang dibina pada 1845 itu serta hanya mampu memuatkan 1,500 jemaah itu masih lagi megah mengibarkan bendera Malaysia dan Johor selain khutbah Jumaat yang disediakan sendiri pihak Jabatan Mufti Johor. – Agensi

Tags: kereta apiMalaysiaSingapurastesen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd