• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Israel Pukul, Renjat Elektrik

oleh Cj Mnh
31/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKTIVIS yang menyertai misi ‘Right to A Just Future for Palestine’ ke Gaza dengan kapal Kapal Al-Awda dipukul selepas ditahan tentera Israel.

Selain itu, tentera Israel dikatakan menyeksa ahli misi dengan renjatan eletrik dan menembak mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata, menurut ketua kapal Al-Awda, Zohar Chamberlain Regev, pihak Israel melakukan kekerasan kepada ahli misi.

Menurutnya, tentera Israel memukul beberapa ahli misi yang tidak mahu memberi kerjasama ketika diminta untuk menghidupkan enjin kapal.

“Maklumat terbaru mendapati tiga lagi ahli misi kapal Al-Awda sudah dibebaskan, dua daripadanya adalah wartawan Al-Jazeera, Merouane Metidji dan Abdelmounim El Amrani, manakala seorang aktivis warga Amerika, Joe Meadors.

“Wakil tunggal Malaysia Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh masih ditahan di penjara Givon, Israel dan dijangka akan dibebaskan dalam masa beberapa hari lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 22 Julai lalu, Kapal Al-Awda bersama dua kapal kecil, Huriyyah dan Falastine, meningg – alkan pelabuhan Messina, Sicily di Itali untuk meneruskan misi, kira-kira jam 4 petang (waktu Malaysia).

Pelayaran bermula pada 22 Mei lalu di Copenhagen, Denmark dan sudah melalui 28 pelabuhan di pelbagai lokasi.

Kapal berkenaan turut membawa bekalan perubatan bernilai RM61,000 untuk rakyat Palestin di Gaza.

Antara aktivis lain yang berada di atas kapal berkenaan adalah ahli politik Norway, Mikkel Gruner; Dokto Pakar OrtopedimUnited Kingdom, Dr Ang Swee Chai dan bekas atlet Norway, Prof Gerd Von der Lippe.

Terdahulu, dua orang dari ahli misi yang juga warga Israel sudah dibebaskan. Mereka ialah ketua kapal Al-Awda, Zohar Chamberlain Regev dan bekas kapten tentera udara Israel, Yonathan Shapira. – BH Online

Tags: renjatan elektrikTentera Israel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kes Baharu Maut Kena Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti, Rakaman Tular Insiden 2022 – Polis

Tiada Kes Baharu Maut Kena Renjatan Elektrik Pasang Bendera Parti, Rakaman Tular Insiden 2022 – Polis

19/11/2025
0

PAPAR: Polis menafikan dakwaan tular kononnya berlaku kejadian terbaru membabitkan kematian seorang individu akibat terkena renjatan elektrik ketika memasang bendera...

Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas

Pendawaian Tidak Teratur Antara Punca Insiden Renjatan Elektrik Dalam Bas

20/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd