• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lewat Bela Kes Chong Wei Untuk Pastikan Kes Kukuh – Khairy

oleh Ahmad Albab
09/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Kelewatan mempersembahkan kes doping pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bertujuan memastikan kes yang dipersembahkan adalah kukuh, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah diingatkan supaya bersiap sedia dengan lengkap sebelum menghadiri perbicaraan dengan jawatankuasa sementara timbang tara BWF.

“Saya tidak mahu kita terburu-buru sebab ada beberapa perincian yang perlu kita telitikan. Kita cuma ada satu peluang sahaja,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan Piala Monsun Malaysia 2015 di Teluk Danga, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Chong Wei yang mendakwa BAM melewat-lewatkan pembelaan kes beliau kepada BWF.

“Saya tidak mahu kita pergi perbicaraan kes Chong Wei dengan kes separuh masak. Bagi saya, ini adalah kes yang amat penting,” kata Khairy.

Beliau berkata kegagalan untuk membela Chong Wei dengan sebaiknya boleh mengakibatkan beliau digantung selama dua tahun dan kemudiannya bersara, sesuatu yang bukan sahaja memberi kesan kepada pemain negara itu tetapi juga kepada sukan badminton negara secara tidak langsung.

Baru-baru ni, BAM berkata perbicaraan kes doping jaguh badminton negara itu diadakan selewat-lewatnya bulan depan. – BERNAMA

Tags: Khairy JamaluddinLee Chong Wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd