• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ummah Seru Rakyat Ramaikan Himpunan Sabtu Ini

oleh Haris
26/07/2018
dalam Gaya Hidup, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GERAKAN Pembela Ummah (Ummah) menyeru rakyat hadir beramai-ramai bagi menjayakan perhimpunan anjurannya di Padang Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 28 Julai ini.

Perhimpunan ini diadakan untuk menyuarakan keresahan umat Islam dan Melayu berhubung pelbagai isu yang menggugat kedudukan agama Islam dan Melayu sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa.

“Himpunan yang bertemakan ‘Islam Melayu Terancam’, ini akan menumpukan ucapan daripada tokoh yang berucap berkaitan bahasa, pendidikan, ekonomi dan juga kedudukan Melayu serta Islam berdasarkan peruntukan perlembagaan,” tegas wakilnya Mohd Zai Mustafa dalam satu kenyataan hari ini.

“Mappim (Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia) dan Ummah menyeru semoga rakyat turun beramai-ramai tampa mengira pendirian parti politik bagi menyatakan sokongan yang padu kepada perhimpunan ini.”

Perhimpunan ini dianjurkan oleh gabungan 300 pertubuhan Melayu mewakili pelbagai kepentingan, dan dirancang sebagai reaksi kepada tindakan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik yang berkata sijil peperiksaan sekolah Cina swasta UEC akan diiktiraf sebagai syarat memasuki universiti.

Dalam satu kenyataan terdahulu, Mohd Zai berkata, “Himpunan ini bertujuan untuk menyatakan bantahan rakyat secara serius berkaitan isu-isu ummah seperti UEC, bahasa, pendidikan, Melayu dan Islam yang kian terancam.”

Berhubung usaha mengiktiraf UEC, beliau menegaskan, “Mappim dan Ummah dengan tegas menyatakan bahawa menteri pendidikan mesti tegas menolak sepenuhnya untuk tidak mengiktiraf UEC pada masa sekarang dan juga sampai bila-bila pada masa akan datang kerana UEC bercanggah dengan sistem pendidikan negara.”

Perhimpunan yang disokong parti dan kumpulan Melayu merentasi garis politik ini ialah satu protes terbesar diadakan sejak kerajaan PH berkuasa.

Kerajaan PH telah melaksanakan pelbagai tindakan yang dianggap mengancam kedudukan Melayu dan Islam seperti dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Sejak kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, kedudukan Islam dan Melayu dilihat terancam oleh sikap PH yang bersikap memusuhi Islam dan Melayu.

Sikap itu ditunjukkan melalui beberapa tindakan, daripada layanan terhadap Yang di-Pertuan Agong hingga cadangan seperti menutup Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Institusi-institusi Melayu termasuk Felda, Mara, dan Tabung Haji juga dibimbangi terancam dan tidak dapat berfungsi seperti sepatutnya di bawah kerajaan PH.

Kerajaan PH didominasi oleh DAP yang sudah lama menunjukkan pendiriannya terhadap Islam dan Melayu. – Mynewshub.tv

Tags: Bahasa MelayuislamRaja-Raja Melayu
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

Sultan Selangor Seru Orang Melayu Bersatu, Perpecahan Melemahkan Kedudukan Bangsa Di Tanah Air Sendiri

21/05/2026
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya orang Melayu dan umat Islam negara ini terus bersatu...

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

Amanah Perjuangkan Islam ‘Rahmatan Lil Alamin’ Perpaduan, Kasih Sayang – Mohamad Sabu

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) memperjuangkan Islam 'Rahmatan Lil Alamin' Presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, Islam 'Rahmatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd