• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Maut Terjatuh Dalam Kebakaran Pangsapuri

oleh
26/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang wanita maut selepas terjatuh dari tingkat 19 ketika cuba menyelamatkan diri dari kebakaran di pangsapurinya di Taman Mutiara Mas, Skudai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata kejadian pada 2 petang itu dipercayai berlaku ketika mangsa, Liew Li San, 33, pekerja kilang di Singapura, sedang tidur di biliknya.

“Mangsa (Liew) sedang tidur seorang diri di dalam biliknya manakala dua adik perempuan kembarnya sedang memasak di dapur bersama seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

“Kebakaran dipercayai berpunca dari dapur dan kedua-dua adik kembar bersama kanak-kanak itu terus keluar untuk mengambil pemadam api di luar rumah, namun, api merebak dengan cepat,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.

Noor Hashim berkata Liew dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan memanjat balkoni selepas terjaga dari tidur dan berpaut pada saluran paip pvc untuk melintasi tembok rumah bersebelahan, namun, disyaki tergelincir lalu terjatuh dari tingkat 19 ke tingkat satu.

Beliau berkata rumah berkenaan dimiliki Liew dan dia baru sahaja tinggal di pangsapuri 20 tingkat berkenaan sejak empat bulan lepas.

“Kebakaran menyebabkan rumah mangsa terbakar sebanyak 60 peratus dan punca kejadian sebenar sedang disiasat,” katanya dengan menambah kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurutnya mayat Liew dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) Kulai untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: kebakaranmaut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd