• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Projek NFC Akan Dibangunkan Semula

oleh Ahmad Albab
25/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan negeri akan membangunkan semula ladang ternakan lembu yang sebelum ini dikelolakan syarikat National Feedlot Corporation (NFC), sekiranya projek itu berpindah ke Johor.

Menteri Besar Aminuddin Harun berkata sehubungan itu, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub dalam masa terdekat bagi bagi membincangkan perkara itu.

“Langkah ini adalah bagi memastikan bekalan daging di negeri mencukupi untuk memenuhi permintaan disamping bertujuan membantu masyarakat khususnya para penternak di sekitar Tampin.

“Kita sedia maklum kes NFC ketika ini masih lagi di mahkamah kerana itu apa juga rancangan terhadap pembangunan yang akan dilaksanakan di tapak berkenaan, kena tunggu kes selesai,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Aminuddin berkata kerajaan negeri juga akan membangunkan empat lokasi untuk dijadikan sebagai ladang satelit bagi penternakan lembu di negeri.

“Saya telah arahkan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani S. Veerapan untuk mengambil tindakan segera berhubung perkara itu,.

“Empat kawasan ini kita akan pecahkan kepada fidlot atau ladang kecil supaya lebih ramai penternak dapat terlibat sekaligus memperoleh manfaat,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, berkata projek NFC akan diberi nafas dan jenama baharu dengan Johor menjadi hab ternakan lembu daging.

Katanya satu kertas cadangan kepada Kabinet akan dikemukakan untuk meneruskan projek yang objektifnya sangat baik iaitu untuk membekalkan 30 peratus keperluan daging tempatan. – BERNAMA

Tags: Aminuddin HarunNFC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Janji ‘Pulangkan’ Wang Menang Saman NFC Kepada Umum

21/04/2022
0

Bekas ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berikrar untuk 'mengembalikan' wang wang yang diperolehinya susulan menang kes saman National Feedlot Corporation...

Aminuddin Nafi Anak Dipanggil SPRM

06/02/2020
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa anaknya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd