• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Janji ‘Pulangkan’ Wang Menang Saman NFC Kepada Umum

oleh AK-47
21/04/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berikrar untuk ‘mengembalikan’ wang wang yang diperolehinya susulan menang kes saman National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) kepada orang awam.

Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram

Mengumumkan hal itu melalui media sosial, Rafizi berkata, hari ini dia sekali lagi memenangi kes saman yang difailkan NFC ke atasnya.

“Hari ini, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan berpihak kepada saya dalam saman fitnah NFC.

“Saya telah mendedahkan skandal NFC pada tahun 2011 yang membawa tiga kes undang-undang terhadap saya. Saya menang kesemua kes.

“Jumlah (wang) yang dianugerahkan kepada saya akan dikembalikan kepada orang ramai sebagai biasiswa dan bantuan kecil,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Terdahulu Rafizi disaman oleh NFC dan pengerusinya Mohamad Salleh Ismail berhubung dakwaan entiti tersebut menyalahgunakan dana kerajaan.

Dalam penghakiman hari ini, Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed berkata Rafizi berjaya membangkitkan pembelaan yang adil sekali gus mengetepikan saman berkenaan.

Sehubungan itu panel hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara membatalkan rayuan NFC dan Salleh terhadap penolakan saman fitnah mereka terhadap Rafizi.

Bernama melaporkan mahkamah berpendapat Rafizi – setelah percaya dengan jujur bahawa dakwaannya benar – menjalankan tugas untuk mendesak ketelusan dalam penggunaan dana awam.

Rafizi yang diwakili Razlan Hadri Zulkifli dan Ranjit Singh turut dianugerahkam ganti rugi kos RM70,000. NFC dan Salleh pula diwakili peguam Shafee Abdullah.

Untuk rekod pada 2016 NFC dan Mohamad Salleh turut menyaman Malaysiakini kerana melaporkan kenyataan Rafizi.

Bagaimanapun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman ke atas Malaysiakini tersebut.

Pesuruhjaya Kehakiman, Azizul Azmi Adnan, juga mengarahkan NFC dan Mohamad Salleh membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Malaysiakini.

-Malaysia Kini

Tags: NFCRafizi RamliSaman NFCumum
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

BN Negeri Sembilan Umum Miliki Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri

BN Negeri Sembilan Umum Miliki Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri

27/04/2026
0

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri susulan sokongan Ahli Dewan...

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

Media Asing Lapor Harga Minyak Global Turun Selepas Iran Umum Buka Semula Selat Hormuz

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga minyak dunia dilaporkan merosot selepas Iran mengumumkan pembukaan penuh Selat Hormuz kepada semua kapal komersial sepanjang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd