• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aminuddin Nafi Anak Dipanggil SPRM

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa anaknya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan pemberian projek.

Beliau percaya dakwaan berkenaan sengaja ditimbulkan bagi tujuan merosakkan reputasinya sebagai pemimpin di negeri ini.

“Saya tidak tahu pun anak saya dipanggil SPRM dan dia pun tidak ada cerita apa-apa. Janganlah buat fitnah kata anak saya dipanggil SPRM… Anak saya ada di rumah…Saya menafikan anak saya dipanggil. Anak saya tidak terlibat apa-apa,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata sekiranya benar ada dakwaan sedemikian, adalah tugas SPRM untuk menyiasatnya.

“Sesiapa sahaja seharusnya membuat laporan jika ada bukti kukuh, (dan) bukannya sekadar membuat dakwaan berdasarkan cerita orang lain. Saya melihat banyak tohmahan. Buatlah aduan dan saya tiada masalah, pastikan juga ada buktinya.

“Orang boleh bercerita dan bercakap dalam video. Jadi, kita sebagai penerima berita perlu pastikan sama ada ia betul atau tidak,” katanya.

Tags: Aminuddin Harunpemberian projekSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd